Ria Ricis minta cerai sebab Teuku Ryan gagal beri nafkah ini rupanya

Oleh ISMAIL YAHYA

Sah bercerai pada Jumaat lalu, kisah pasangan rumah tangga Ria Ricis dan Teuku Ryan

Terus menjadi bualan hangat susulan tular dokumen mahkamah berhubung punca perpisahan mereka.

Menerusi dokumen yang tersebar, dinyatakan salah satu punca perselisihan antara mereka adalah disebabkan Ryan gagal memberi nafkah batin kepada Ria.

Perkara tersebut dilaporkan oleh Ria yang mendakwa kurang melakukan hubungan intim bersama bekas suaminya itu sejak Januari tahun lalu.

Dalam dokumen yang tertulis, Ria juga memberitahu hubungan mereka semakin pudar ketika dia sedang hamil anak mereka.

Ria Ricis minta cerai sebab Teuku Ryan gagal beri nafkah ini rupanya

Malah dakwaan tersebut juga mendapat sokongan doktor yang mengesahkan Ria sukar bersalin secara normal gara-gara kurang melakukan hubungan bersama suami ketika itu.

Bagaimanapun dakwaan tersebut dinafikan oleh Ryan sekaligus enggan membicarakan masalah tersebut ketika prosiding di mahkamah.

Menjawab dakwaan berkenaan, Ryan memberitahu dia bimbang tindakan melakukan hubungan intim bersama Ria boleh menjejaskan bayi dalam kandungan.

Ryan juga menjelaskan dia sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dalam memberi nafkah batin selepas Ria selamat melahirkan anak pertama mereka pada Julai 2022.

Untuk rekod Ryan dan Ria mendirikan rumah tangga pada 12 November 2021 dan mereka memiliki seorang anak perempuan iaitu Cut Raifa Aramoana.

BACA: “Dari kecik mak pilih kasih tak macam dengan adik beradik lain, gaji pertama happy nak hulur kat mak seribu tapi mak cakap