Ribut solar terbesar bakal landa bumi, ramal saintis

Ribut solar terbesar bakal landa bumi, ramal saintis

SEKUMPULAN pengkaji meramalkan fenomena Pelepasan Massa Koronal (CME) terbesar bakal melanda bumi.

Analisis yang dijalankan kumpulan pakar itu dan diterbitkan dalam Space Weather journal, menjangkakan, ‘ribut’ solar terbesar berkenaan 10 kali lebih kuat daripada yang diramalkan sebelum ini.

Pada 2014, Saintis dari NASA JPL, Bruce Tsurutani dan Saintis dari Institut Geomatik, Gurbax Lakhina mendedahkan mengenai CME yang mampu menghasilkan ribut magnet yang lebih kuat berbanding ‘ribut’ Carrington.

Carrington sebelum ini disifatkan sebagai ribut geomagnetik terbesar pernah direkodkan, di mana kekuatannya dapat dirasai di kebanyakan lokasi.

Kajian yang dijalankan juga menunjukkan kejutan ‘ribut’ solar antara planet akan mengambil masa selama 12 jam untuk sampai ke bumi.

Ia sekali gus memberi masa kepada pasukan kecemasan untuk bersedia menghadapi fenomena itu.

Malah, CME susulan juga dijangka berlaku selepas CME pertama sampai ke bumi. – AA