Risau anak tiba-tiba terkunci dalam bilik, ini cara elak insiden berulang kembali

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

MASALAH bilik asyik terkunci dari dalam merupakan insiden biasa yang berlaku di dalam rumah.

Lebih malang apabila situasi itu berlaku ketika si kecil turut terkunci di dalam bilik seorang diri!

Bertambah kelam kabut apabila anak kunci pula hilang!

Maka terpaksalah kita ‘pecahkan’ pintu dengan merosakkan atau mengumpil tombol tersebut.

Namun anda pasti tertanya-tanya mengapa tombol pintu boleh terkunci secara automatik walaupun selepas dibuka semula menggunakan kunci?

Risau anak tiba-tiba terkunci dalam bilik, ini cara elak insiden berulang kembali

Untuk pengetahuan anda hal ini kebiasaannya terjadi disebabkan struktur (setting) dalam tombol pintu sudah berubah sehingga mengakibatkan pembuka pintu tersekat.

Walaupun sudah dibuka, kunci pada tombol pintu masih pada kedudukan tersekat dan terus berkunci.

Agar tidak lagi melalui situasi sama, anda boleh praktikkan cara yang dikongsikan oleh Rusyaidi Husni Abdul Latib.

Terdapat dua setting kunci pada tombol:

1. Keadaan sentiasa kunci

2. Keadaan normal

Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari sebelum memutarkannya.

Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa berkunci.

Kedudukan ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci.

Adakalanya sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu dalam keadaan sentiasa kunci.

Dalam pada itu, Rusyaidi turut menegaskan bahawa perkongsiannya ini bertujuan untuk membaiki pintu rosak dan bukannya disalahgunakan dengan niat tidak baik.

BACA: “Aku didera secara mental oleh mak mertua aku, mak mertua mula mempersoalkan kenapa aku pakai kancil je..”