Risau cikgu kena fitnah, murid darjah 3 suruh cikgu hafal surah Al-Kahfi dan Al-Mulk undang dekah netizen

Oleh GEMILANGDAILY

Risau cikgu kena fitnah, murid darjah 3 suruh cikgu hafal surah Al-Kahfi dan Al-Mulk undang dekah netizen.

SAMBUTAN Hari Guru adalah masanya untuk anak murid meluah dan menzahirkan penghargaan atas jasa yang dicurahkan tenaga pengajar.

Selain ucapan menyentuh perasaan, kebiasaannya murid yang berkemampuan akan memberikan hadiah kepada guru-guru kesayangan mereka.

Risau cikgu kena fitnah, murid darjah 3 suruh cikgu hafal surah Al-Kahfi dan Al-Mulk undang dekah netizen

Namun begitu, lain ceritanya untuk seorang guru ini apabila dia menerima nota ucapan sempena Hari Guru dalam nada yang di luar kebiasaan.

Ciapan asal di Twitter.

Melalui satu ciapan tular di Twitter, seorang pengguna berkongsi coretan dipercayai daripada seorang pelajar kepada gurunya.

“Selamat Hari Guru!. Cikgu, saya nak jujur, saya tak suka kerja sekolah. Tapi ada sebab, kalau kerja sekolah banyak sangat nanti saya mengantuk.

“Saya buat kerja sekolah mula pukul 9 malam dan habis pukul 11 atau pukul 12 tengah malam.

“Saya tahu cikgu bagi kerja banyak ni sebab nak latih saya, nanti dah masuk darjah empat akan lagi banyak kerja,” tulis si cilik itu di atas sehelai kertas.

Walaupun begitu, mesej murid itu ternyata mempunyai ‘plot twist’ yang tersendiri di penghujung ucapan.

“Saya tahu kerja cikgu bukan biasa-biasa, saya berharap cikgu hafal surah Al-Kahfi dan Al-Mulk. Sekarang dah banyak fitnah.

Walaupun penulisan dia makin senget ke bawah tapi mesej dia mendalam.
“Saya ini bukan amalkan, cuma saya nak ingatkan. Selamat Hari Guru,” kata murid itu mengakhiri bicara.

Individu yang berkongsi coretan itu di Twitter menyifatkan ucapan berkenaan sebagai sesuatu yang cukup bermakna.

“Insaf cikgu. Benar anakku, kita di zaman fitnah,” katanya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, perkara yang menarik perhatian warga maya adalah penulisan murid itu walaupun mungkin kurang kemas tetapi ada keikhlasannya.

“Walaupun penulisan dia makin senget ke bawah tapi fuhh mesej dia mendalam. Umur berapa ni? Darjah tiga atau empat?

Sebahagian ciapan balas warga maya.

“Kalau dia tulis straight dan tak senget ke kanan mesti lagi banyak dia boleh tulis dan luah.

“Dia macam ada banyak benda nak luah tapi itu la boleh satu muka surat je. Tapi plot twist dia terus menginsafkan.

“Sangat deep tazkirah ni, deep,” kata sebahagian warga maya.

Sementara itu ada juga dalam kalangan netizen yang memandang serius tentang keluhan murid berkenaan mengenai kerja rumah kerana anaknya juga senasib.

“Faham sangat sebab anak aku pun pukul 9 malam baru buat kerja sekolah. Balik sekolah pukul 5:30 petang, sampai rumah pukul 6 petang.

“Rehat, mandi, solat, makan malam, kemas buku, sedar-sedar dah pukul 9 malam, baru nak start buat kerja sekolah. Pukul 10 waktu tidur, memang mengantuk la,” katanya.

BACA:

“Habis aku kena soal siasat dengan suami malam tu, bila diteliti semula barulah aku tahu sebenarnya surat tu dari ofismate aku”

Gara-gara bunuh perogol, wanita ini dipenjara 6 tahun undang reaksi netizen