Risau dimarahi bapa, tindakan budak minta bomba ambil ‘report card’ buat netizen geli hati

Oleh ISMAIL YAHYA

Perbuatan seorang kanak-kanak lelaki yang meminta bantuan daripada bomba untuk mengambil kad laporan prestasi sekolahnya telah menarik perhatian ramai.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @folkative,

pelajar tersebut menghantar mesej ringkas kepada akaun Instagram rasmi Bomba Daerah Semarang.

Dia memberitahu bahawa dia takut dimarahi oleh bapanya jika bapanya sendiri yang mengambil kad laporan sekolahnya pada esok hari.

“Selamat pagi, maaf mengganggu. Adakah saya boleh meminta tolong untuk mengambil kad laporan saya di sekolah pada esok?

Risau dimarahi bapa, tindakan budak minta bomba ambil 'report card' buat netizen geli hati

Saya takut dimarahi bapa jika dia yang mengambilnya. Terima kasih,” tulis pelajar itu.

Seorang pegawai bomba, Hisyam, mengesahkan bahawa permintaan kanak-kanak tersebut menunjukkan kepercayaan masyarakat kepada pasukan bomba.

“Bagaimanapun, tanggungjawab untuk mengetahui perkembangan dan prestasi anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Ia sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa atau wali kanak-kanak tersebut,” kata Hisyam.

BACA: “Aku anak yatim piatu masa umur 11 tahun, dari RM2 juta harta pusaka, aku dapat RM1000, rupanya pak saudara bolot semua harta orang tuaku”