Shopee memang tempat yang serba boleh untuk anda berbelanja, kan?
Sebab banyak barang dijual di sana, dari pelbagai jenis dan pilihan.
Lagi pun, sejak diperkenalkan SPayLater, ada lagi kelebihan dalam bentuk mata ganjaran untuk membeli-belah di sana.
Bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu SpayLater, ia merupakan pilihan Beli Sekarang, Bayar Nanti (BNPL) yang terdapat di platform Shopee.
Had Kredit SpayLater untuk setiap individu berbeza-beza, bergantung kepada corak pembelian kita di Shopee.
Maksimum had yang diberikan ialah RM10,000.
Apabila menggunakan SpayLater, terdapat pilihan untuk membuat pembayaran ansuran (dengan faedah) sehingga 12 bulan.
Jadi, adakah SpayLater ini sesuatu yang baik atau berisiko?
Baik:
✅ Umpama macam ada kad kredit tambahan
✅ Baucar tambahan bila guna mode bayaran BNPL
Risiko:
❌ Bila tak pandai kawal diri, asyik shopping guna BNPL
❌ Tambah hutang
Untuk menggunakan SpayLater, kita perlu memiliki disiplin yang sangat tinggi.
Kita perlu bijak mengawal perbelanjaan dan memastikan kita komited untuk membayar balik mengikut tarikh yang ditetapkan.
Menggunakan SpayLater bukanlah perkara yang salah, tetapi penting untuk memahami kemampuan kewangan diri sendiri.
Baca:kantoi sebab buat ‘live’ TikTok bayar sewa PPR RM500 je tapi dapat jualan RM1,000 sehari,