Riwayat Makcik Teksi dari Mufti Utara

Riwayat Makcik Teksi dari Mufti Utara

Semalam aku ada menulis , aku ada sentuh pasal Mufti Utara, Tapi lepas Solat Maghrib tadi.. ada sahabat bagi video melalui whatsapp minta aku komen video Mufti Utara.. Sebelum tu dok dengar orang perli2 mufti Utara tu..Nasib lah video tak lama..Itu pun aku Skip Dengar..

Rupanya video inilah sambungan dari riwayat status tergantung Mufti Utara hat ramai share semalam.. boleh kata, Sanadnya Munqati’.. kalau kata Tuan Ibrahim Munqata’… maksudnya sanadnya terputus…

Setelah lama bertapa, Mufti ini ada cerita atau bawa satu riwayat.. Katanya dia ke Langkawi, Jumpa seorang makcik Teksi, entah bagaimana dia boleh bersembang dengan makcik Teksi tentang perletakan jawatan PM yang juga MP Langkawi..itu menjadi persoalan..

Bila dengar apa Mufti Utara tu sembang, macam mana dia sampai Langkawi, dan apa tujuannya dan apa kaitannya dengan makcik Teksi tu..boleh kita katakan..bukan saja sanadnya Munqati’..Malah boleh dikatakan Makcik Teksi itupun berstatus perawi yang Majhul, boleh kira Majhul Ayn yang identitinya pun kita tak ketahui siapa… tapi riwayatnya dijadikan sandaran hukum..

Tapi takpa lah.. Oleh kerana dia takda sandaran dalil..jadi kita dengarkan riwayat Israiliyat dari Mufti Utara.. Dia kata pertama dia setuju yang segala yang berlaku adalah taqdir Allah.. tiba tiba Mufti Utara itu menjadi Ahli Irfan.. atau kelompok tok wali dan Sufi.

Kedua, hat ni lah matan dia.. Sama dengan Riwayat Doktor gigi US, Mengunakan modal COVID-19 bagi meraih simpati.. Dia kata makcik Teksi tu kata, ada besar hikmahnya..Kalau lah PM tak bertukar.. tak tahu apa jadi pada Malaysia..Sebab Kerajaan dan PM dulu takmau tutup sempadan.. Dia kata Makcik ni cukup takut sebab depa terpaksa bawa Pelancong dari luar negara masa tu..apa nasib nyawa depa..

Biarpun nampak cerita ni macam betul, tapi dalam ilmu hadis boleh dikatakan.. ia boleh ditakrifkan Hadis Mu’allal atau dengan nama hadis Ma’lul.. Ada kecacatan tersembunyi samaada pada sanad atau matannya yang hanya diketahui oleh ahlinya…

Ni nak bagi tau Mufti Utara..Lain kali bawa Riwayat Sahih.. Bukan cerita Israiliyat.. nak tanya si Mufti Utara, Nak menipu pun, gunalah skil tinggi sikit.. jangan sama kedudukan dengan Doktor gigi tu..

Mufti Utara hanya perlu guna hadis sahih data dari rekod kitab KKM dan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan sendiri Al A’alamah Datuk Nor Hisham Abdullah…sebab dia perawi dikatakan “tsiqah”, dipercayai dan adil..bukan perawi majhul macam makcik Teksi…

Ni nak tanya Berapa ramai kes datang dari Pelancong Cina ? Berapa ramai pekerja pelancongan,Pramugari, Pemandu pelancong, pekerja Hotel hatta pemandu teksi kena Covid-19.. Takda pun.. hatta dalam gelombang kedua..

Jangan lah cuba membohong biarpun takda dalil nak pertahan Kerajaan abah tebuk Atap..atau katanya kerajaan yang dirahmati.. guna alasan Covid-19 pulak sebagai taqdir Allah atas segala pengkhianatan..walhal yang jadi menteri KDN , yang ada kuasa tutup sempadan masa tu PM hari ni jugak…

Untuk pengetahuan Mufti Utara..23 Januari 2020, Kerajaan China dah tutup semua pintu rumah setiap rakyat dia di wilayah yang dilanda Pandemik.. pintu rumah pun ditutup bukan takat pintu keluar Negara.. dari 22 Kes yang dicatatkan pada gelombang pertama, 22 berjaya disembuhkan..dan 11 hari selepas itu sifar atau tiada kes..masa tu tidak ada jangkitan tempatan..

Bila Kerajaan yang dirahmati Mufti Utara ditubuhkan, datangnya gelombang kedua, bukan berpunca dari pelancong Cina…Kedua kes pertama selepas itu datang dari jangkitan tempatan pertama datang dari rakyat Malaysia yang pulang dari Korea bagi Kluster Tabligh kes 136.. dan Kluster kes 26, Pengerusi GLC UDA yang balik dari Shanghai..itu fakta.. Tolong jangan dok mereka hadis dan riwayat palsu..

Setakat hari ini dalam gelombang kedua, setelah 4 bulan kita berperang..Kita belum mencatatkan kes sifar seperti zaman PH selama 11 hari berturut turut, sepertimana Vietnam dan Thailand yang catatkan lebih 3 bulan berturut turut tanpa jangkitan tempatan..

Cukup cukuplah Mufti Utara selama ini berbohong membawa riwayat palsu dari cerita BMF, Cerita JAWI, Kes Adib, Kes tabung Haji.. Jadi sudah sudalah… Kalau nak tahu, Kebanyakan hadis palsu yang wujud dan popular dalam Masyarakat kita selama ini, terutama dalam kitab2 Syiah dan kelompok selain mereka.. adalah disebabkan kebencian dan pertentangan Politik..

Kenapa ada Hadis Palsu ? untuk mudah faham..Pertama kerana ada watak perawi yang sebarkan kebencian macam Mufti Utara, kedua sebab ada riwayat dan Perawi yang Majhul seperti makcik Teksi seperti yang disampaikan oleh Mufti Utara.. Jadi berhentilah berbohong..Segeralah bertaubat..

Sebenarnya Taqdir Allah berlakunya peralihan kuasa, Perletakan jawatan PM, dan wabak Covid-19 ini.. yang lebih tepat Allah memperlihatkan dan menzahirkan watak jahat dari kelompok agamawan yang selama ini menyebarkan fitnah terutama orang seperti Mufti Utara….begitu juga wajah Kelompok Ruwaibidhah dan Khawarij.. 🙂

Ipohmali

Sumber :