RM3 juta bagi membantu peniaga kecil atau penjaja di Negeri Sembilan – MB

Kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM13.74 juta sebagai inisiatif bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung rakyat di negeri ini akibat penularan wabak Covid-19.

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata daripada jumlah itu, RM3 juta diperuntukkan bagi membantu peniaga kecil atau penjaja yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan kadar RM300 seorang.

Bagi yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) RM1 juta diperuntukkan buat pemandu teksi, kereta sewa dan perkhidmatan e-hailing  dengan kadar RM300 seorang.

Rakyat yang terjejas akibat Covid-19 Covid-19 dan berpendapatan rendah, sebanyak RM5 diperuntukan ke Akaun Amanah bagi menyelesaikan permasalahan rakyat tertakluk kepada keperluan sebenar bagi bantuan keperluan asas.

RM500,000 turut diperuntukkan sebagai bantuan kepada mana-mana pesakit Covid-19 di negeri ini dengan setiap keluarga akan menerima bantuan sebanyak RM500 serta tambahan sebanyak RM1 juta untuk bantuan keperluan kepada petugas barisan hadapan Covid-19 di Negeri Sembilan.


Ini merupakan pengumuman inisiatif fasa kedua selepas fasa pertama yang diumumkan pada 18 Mac 2020 yang lalu.