RM58 juta untuk UTAR : Politik rasis PN makan diri

RM58 juta untuk UTAR : Politik rasis PN makan diri

Waktu Pakatan Harapan memerintah Malaysia, diluluskan RM6 juta untuk 3 buah kolej. Riuh satu Malaysia dimainkan oleh pemimpin parti politik UMNO, PAS dll. Kononnya PH mesra Cina, tidak mesra Kolej Melayu.

Kononnya Lim Guan Eng (Cina – DAP) sebagai Menteri Kewangan bagi peruntukan besar untuk Kolej Cina. Padahal Kolej Melayu, Sekolah Melayu lagi banyak dapat.

Apabila DS Wee Ka Siong (Cina – MCA) dan salah seorang Member University Council UTAR umumkan RM58 JUTA kepada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Iaitu jauh lebih tinggi daripada PH umumkan dulu.

Canselor UTAR adalah Tun Dr Ling Liong Sik, bekas Presiden MCA (1986 – 2003) dan University Council adalah YB DS Ir Wee Ka Siong yang kini Menteri Pengangkutan (Bukan Menteri Pendidikan). Rujuk sini; https://utar.edu.my/University-Council.php

Kini apa yang mereka mainkan sentimen perkauman itu terpalit kepada diri mereka sendiri.

Dimana mereka menikus sekarang ini? Dimana PAS dan UMNO yang melaungkan agenda Melayu Islam? Adakah sudah jadi #KhadamMCA?_

Jika lihat sejarah UTAR ni, banyak bekas-bekas Presiden MCA dimasukkan dalam Bod UTAR, sebab itulah DS Wee Ka Siong terdesak untuk membantu agaknya.

Apapun, sebagai seorang yang rasional. Isu Pendidikan tidak wajar dipolitikkan, terutamanya soal peruntukan untuk Universiti Awam dan Swasta. Tapi mestilah mengikut kadar yang sesuai. Kerana kita semua tahu Universiti Swasta memang mengaut untung yang banyak, berbanding Universiti Awam._

Sepatutnya Kerajaan PN membantu Universiti Awam yang kini makin tenat, khabarnya nak membayar gaji staf pun sakit. Apatah lagi apabila Virus Covid 19 ini menyerang negara, gaji-gaji kakitangan terus kena jalan. Mereka bersengkang mata membanting tulang untuk terus survive sekarang.

Kerajaan PN nampaknya tidak mesra Universiti Awam, yang majoriti kakitangannya adalah Melayu.

Rakyat nilailah sendiri, apa sebenarnya yang mereka mainkan dulu hanyalah sentimen perkauman sempit untuk mengambil alih kuasa Kerajaan Malaysia.

Hentikan sentimen perkauman, kita bina Rakyat Malaysia yang lebih baik dan sama bersatu padu untuk membina Malaysia yang lebih kuat menghadapi Krisis Ekonomi pasca Covid 19 nanti.

Apabila mereka dapat, terus menikus dan membisu, malah isu sebelum ini diperjuangkan terus sepi. Semoga rakyat dapat membuat penilaian terbaik , lindungi lah Universiti Awam dan bagilah Peruntukan Khas untuk IPTA juga.

Syam Ghaz
Fb/Ig/Twitter; Syam Ghaz

Sumber:
https://m.facebook.com/groups/632861770150882?view=permalink&id=2420079114762463