Robert Kuok masuk senarai 100 paling kaya di dunia

Robert Kuok masuk senarai 100 paling kaya di dunia

Robert Kuok masuk senarai 100 paling kaya di dunia. Individu paling kaya di Malaysia, Robert Kuok, berada di tempat ke-98 dalam senarai Bloomberg Billionaires Index, dengan nilai kekayaan mencecah AS$15.1 bilion.

Bagaimanapun, kemas kini senarai itu menunjukkan nilai kekayaannya setakat tahun ini merosot sebanyak AS$3.18 bilion.

Turut berada dalam senarai 500 manusia paling kaya adalah pengasas Public Bank, Tan Sri Dr Teh Hong Piow, yang berada di tempat ke-336 dengan nilai kekayaan AS$6.43 bilion.

Kekayaan Hong Piow turut merosot sebanyak AS$808 juta setakat tahun ini.

Mendahului senarai itu di peringkat dunia adalah Elon Musk, bilionair yang nilai kekayaannya adalah AS$183 bilion.

Robert Kuok masuk senarai 100 paling kaya di dunia

Nilai Musk, pengasas Tesla yang juga baru-baru ini mengambil alih Twitter, susut sebanyak AS$80.4 bilion setakat tahun ini.

Berada di tempat kedua adalah Bernard Arnault, pengasas Louis Vuitton SE, iaitu syarikat barangan mewah terbesar di dunia dengan nilai kekayaan AS$143 bilion.

Manusia paling kaya di Asia, Gautam Adani melengkapkan senarai tiga manusia paling kaya di dunia setakat ini, dengan nilai kekayaannya setakat tahun ini melonjak sebanyak AS$59 bilion kepada AS$136 bilion.

Beliau adalah bilionair India yang juga pengasas Adani Group, konglomerat multinasional berpangkalan di Ahmedabad yang terbabit dalam pembanguanan serta operasi pelabuhan negara itu.

Jeff Bezos, yang pernah memegang status sebagai manusia paling kaya di dunia kini berada di tempat keempat dalam senarai berkenaan, apabila nilai kekayaannya merosot sebanyak AS$78.8 bilion setakat tahun ini kepada AS$114 bilion.

Berada di tempat kelima adalah Bill Gates, pengasas Microsoft yang nilai kekayaannya ketika ini berjumlah AS$108 bilion.

Seorang lagi bilionair teknologi, Mark Zuckerberg mmenyaksikan nilai kekayaannya merosot mendadak sebanyak AS$90.3 bilion kepada AS$37.3 bilion setakat tahun ini, meletakkannya di tempat ke-28 dalam senarai itu.

Bloomberg Billionaires Index adalah ranking harian manusia paling kaya di dunia.

Perincian mengenai pengiraannya disediakan menerusi analisis nilai kekayaan bersih dalam setiap profil bilionair berkenaan.

Angkanya akan dikemaskini pada penutup setiap hari dagangan di New York.

BACA:

Sah calon BN tipu gelaran doktor, ini bukti dari Universiti

Mia Sara akui rela tak berlakon daripada kena paksa buka tudung

Ikan emas mati kena renjatan elektrik

CATEGORIES