Rotan Abah : Tiada pilih kasih? Rakyat nampak layanan istimewa

Rotan Abah : Tiada pilih kasih? Rakyat nampak layanan istimewa

Komen Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Rabu, 21 Oktober 2020:

Dengan begitu saja Jabatan Peguam Negara (AGC) berjaya memusnahkan segala keyakinan dan kepercayaan awam terhadap integriti serta kebebasan mereka melalui keputusan NFA (tiada tindakan lanjut) terhadap kes menteri PAS, Khairuddin Aman Razali.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu mengingkari perintah kawalan kendiri wajib sejurus dia bersama rombongannya pulang dari Turki pada 7 Julai.

Salah satu tugas pentadbiran 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 ialah untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada integriti, profesionalisme dan kebebasan institusi-institusi utama negara.

Justeru amat memedihkan apabila melihat usaha ini sedang dimusnahkan oleh kerajaan pintu belakang yang menggantikan PH melalui konspirasi Langkah Sheraton.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya pada 6 Okt lalu mengatakan, sesiapa pun yang melanggari prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 akan berhadapan dengan tindakan.

Dia berkata: “Maafkan saya jika Abah terpaksa menggunakan rotan!”

Di manakah rotan Abah?

Muhyiddin mengumumkan yang tidak ada amalan pilih kasih dalam pelaksanaan peraturan kuarantin. Memang betul tidak ada sikap pilih kasih.

Tapi apa yang ada ialah layanan istimewa apabila menteri PAS diletakkan di tempat yang istimewa dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Hal itu memandangkan, tanpa sokongan PAS semasa Umno sedang mempertimbangkan menarik diri daripada Perikatan Nasional, ia akan membawa makna tiada kerajaan PN.

Rakyat Malaysia yang patriotik kini menangis demi negara!

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/547515