Rumah ikonik Home Alone kini dijual RM24.6 juta, ramai peminat filem tunjuk minat

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Sebuah rumah yang sangat terkenal di kalangan penggemar filem Hollywood, Home Alone kini dilaporkan akan dijual pada harga AS$5.25 juta (RM24.6 juta).

Kediaman tersebut turut dilengkapi lima bilik tidur dan enam bilik mandi dan juga terletak berdekatan utara kota raya Chicago sekitar 32 kilometer.

Home Alone merupakan filem mengenai seorang kanak-kanak yang tertinggal di rumah apabila keluarganya keluar melancong,

ia dibintangi oleh Macaulay Culkin, Catherine O’Hara, Joe Pesci dan John Candy.

Filem Home Alone menemui peminat di layar perak dalam tahun 1990 diikuti sekuelnya pada 1992.

Rumah ikonik Home Alone kini dijual RM24.6 juta, ramai peminat filem tunjuk minat

Bekas pemiliknya turut mengubah suai bahagian dalaman rumah tersebut pada tahun 2018 dengan menonjolkan warna monokrom.

“Kediaman zaman Georgia yang megah dengan kemasyhuran Home Alone membawa peluang yang jarang berlaku untuk anda memiliki salah sebuah kediaman filem paling ikonik dalam budaya pop Amerika,” demikian menurut iklan jualan tersebut.

Antara kemudahan yang ada di ruangan kediaman itu ialah dua ruang tamu, dua bilik dobi dan sebuah garaj yang memuatkan tiga buah kereta.

Walaupun dalam filem asli Home Alone, ruang bawah tanah kediaman itu menampilkan relau yang menyeramkan, kini ia telah diubah menjadi gimnasium, pawagam mini, bilik mandi, dan gelanggang sukan dalaman.

Pasangan suami isteri, Tim dan Trisha Johnson, membeli kediaman tersebut pada tahun 2012 dengan harga AS$1.58 juta (RM7.41 juta).

Sebelumnya, kediaman itu dibeli oleh keluarga Abendshien pada tahun 1988 dengan harga AS$800,000 (RM3.75 juta).

Baca juga: Wanita tipu majikan, minta MC nak cuti sekali lain pula bila terjumpa dalam pesawat yang sama