Ramai yang menyukai rumah berbau harum dan membeli pelbagai pewangi di pasaran sama ada di pasaraya mahupun online.
Tapi andai anda ketahui segala jenis pewangi ini mempunyai racun yang dapat membunuh secara senyap,
Pasti anda akan cuba menukarnya dengan pewangi buatan sendiri.
Anda boleh mencuba membuat pewangi sendiri atau mengikuti kaedah yang dikongsi oleh TikToker Simba Memory ini.
Menurut Simba, produk pewangi DIY ini mampu memberikan keharuman kepada kediaman anda sehingga ia seolah-olah rumah golongan jutawan.
Bahan-bahan:
1. Bekas kaca/ gelas
2. Garam batu
3. Cengkih
4. Cecair pelembut pakaian
5. Kulit kayu manis
Cara penyediaan:
1. Letakkan tiga sudu garam ke dalam bekas.
2. Curahkan satu tutup cecair pelembut pakaian.
3. Selepas itu, letakkan beberapa kuntum bunga cengkih.
4. Seterusnya, tambahkan lagi dua sudu garam batu.
5. Curahkan satu lagi penutup cecair pelembut pakaian.
6. Terakhir sekali, bakar hujung batang kulit kayu manis.
7. Biarkan asapnya, lalu cucuk secara menegak ke dalam bekas campuran tersebut.