Rumah Mesra Rakyat kini dibuka untuk permohonan

Oleh GEMILANGDAILY

Rumah Mesra Rakyat kini dibuka untuk permohonan. Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) mempunyai sebuah syarikat dibawahnya iaitu, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

SPNB adalah merupakan syarikat di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia. Ianya adalah sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.

Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Tahun 2022

Tujuan utama RMR ditubuhkan untuk membantu golongan yang mempunyai pendapatan rendah seperti petani, nelayan dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah. Ianya juga untuk yang tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah sendiri untuk membuat rumah yang sempurna dan selesa.

Rumah Mesra Rakyat kini dibuka untuk permohonan

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini akan disalurkan berbentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan rumah juga akan dibina mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan sebagaimana berikut

Berikut Adalah Harga & Reka Bentuk RMR

Harga adalah berbeza-beza mengikut tempat namun konsep binaannya adalah sama iaitu berspesifikasi 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Dibawah adalah harga RMR mengikut tempat:

1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

  • Harga: RM75,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300

2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)

  • Harga: RM85,000
  • Subsidi Pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM65,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM350

3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)
Harga: RM75,000 – RM106,000

  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300 – RM470

Syarat Kelayakan Permohonan

Bagi yang ingin membuat permohonan anda boleh menyemak syarat kelayakan dibawah. Berikut adalah

syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR:

Warganegara Malaysia

  • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai pendapatan tidak melebihi RM3,000 untuk seisi rumah
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tapak / tanah bersesusaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Sekiranya pemohon adalah bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik
  • Keluasan tanah tidak kurang dariada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

Macam Mana Nak Buat Permohonan RMR?

Berikut ialah cara membuat permohonan:

Secara Atas talian

  • Buka laman web SPNB di ———-> klik sini @ klik sini
  • Sila Klik Pendaftaran Baru dan anda perlu isi borang pendaftaran dengan lengkap
  • Kemudian, anda akan menerima ID Log Masuk dan Kata Laluan yang akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan
  • Sila Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang telah dihantarkan kepada anda.
  • Isi borang yang diperlukan
  • Selepas melengkapkan borang, klik Lengkapkan Pendaftaran dan Cetak Borang
  • Hantar borang beserta dokumen yang telah lengkap diisi ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berhampiran

Boleh juga dibuat Secara manual:

  • Borang permohonan boleh didapati di Cawangan SPNB dan dihantar semula ke SPNB selepas permohonan dan dokumen sokongan lengkap

Dokumen yang diperlukan

Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan semasa menghantar borang permohonan RMR:Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)

  1. Salinan kad pengenalan tuan rumah
  2. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  3. Salinan geran hak milik tanah terkini dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah Terkini.
  4. Slip gaji terkini (3 bulan) / afidavit pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  5. Afidavit / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang
  6. Surat kebenaran pelepasan tuan tanah
  7. Salinan sijil nikah pemohon
  8. Borang laporan tapak bergambar

Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang hendaklah disahkan melalui Ketua Kampung / Pegawai Ikhtisas Kelas A

SPNB berhak mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa .

Menyemak Status Kelulusan

Respon permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon RMR bertanggungjawab untuk:

  • Melengkapkan dan Mengisi borang permohonan
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut syarat yang ditetapkan
  • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu

BACA:

Keadaan terkini Darling Ngasri selepas lama menyepi buat ramai terkejut

Baru sehari jadi tim. menteri, Adam dah kena ‘smash’ dengan MOM

Netizen jadi pelik perut madammu cepat sangat besar