Rumah penuh sampah ni jadi kritikan penduduk, ‘dekat 2 tan dah kutip ni..’. Sudah dua kali rumah dibersihkan dan turut diberikan notis kerana ‘mengumpul’ sampah, namun pemilik kediaman di Taman Bintang, Pantai Remis, di sini, masih mengulang perbuatan sama sehingga mengganggu penduduk setempat.
“Geli..jijik..”, itulah tanggapan penduduk kepada pasangan suami istei yang mendiami rumah ini.
Susulan itu, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) melakukan kerja pembersihan dan mengeluarkan timbunan sampah di kawasan rumah itu buat kali ketiga sehingga mengumpulkan dua tan sampah bermula jam 8.30 pagi hingga 11 pagi semalam.
Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, kerja pembersihan dilakukan di kawasan hadapan, tepi dan lorong belakang rumah itu.
Menurutnya, MPM sudah beberapa kali menerima aduan daripada penduduk setempat berhubung masalah itu dan mengeluarkan notis kacau ganggu serta notis ingkar arahan kepada pemilik tetapi tidak dipedulikan.
Kata MOM, “Kami menerima enam aduan sejak September tahun lalu dan pembersihan kali ini yang ketiga selepas Januari dan Mei lalu. Kita mengumpulkan dua tan sampah seperti surat khabar, sampah pukal, besi buruk dan tin aluminium.
Syamsul Hazeman berkata, pembersihan di rumah yang dihuni suami isteri dan dua anak itu berjalan lancar tanpa sebarang provokasi.
“Operasi dilakukan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar bersama Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPM menggunakan jentera seperti lori kompektor, jengkaut dan lori roro.
BACA:
Ini scam pelaburan emas terbesar di Malaysia, ramai yang tak sedar terkena
Atuk umur 68 tahun masih buat grab food undang simpati orang ramai