Rumah tangga Heliza Helmi bergolak? Tuan badan dedah sebab kenapa memilih berdiam diri

Oleh ISMAIL YAHYA

Tular dakwaan mengatakan rumah tangga penyanyi dan aktivis kemanusiaan,

Datin Seri Heliza Helmi bersama suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, sedang bergolak.

Dalam laporan Harian Metro, Heliza meluahkan rasa terkejut dengan spekulasi tersebut,

memandangkan hubungannya dengan suami berada dalam keadaan baik.

“Saya sendiri tertanya-tanya, dari mana datangnya dakwaan ini?

Rumah tangga Heliza Helmi bergolak? Tuan badan dedah sebab kenapa memilih berdiam diri

Siapa yang memulakannya dan apa sumber mereka? Sebelum menjawab persoalan sebegini, penting untuk saya tahu puncanya,” katanya.

Heliza menyifatkan khabar angin tersebut mungkin sekadar rekaan tanpa tujuan yang jelas. Beliau turut berharap agar orang ramai mendoakan kebaikan buat keluarganya.

Heliza juga menjelaskan bahawa dia jarang berkongsi gambar bersama suami di media sosial, yang mungkin menjadi penyebab spekulasi tersebut tercetus.

“Saya tidak berkongsi bukan kerana ada sebab tertentu atau kerana orang lain, tetapi kerana saya percaya diam itu lebih baik. Saya rujuk kepada pandangan guru dan ulama, dan mereka mengatakan ada kebaikan apabila kita memilih untuk berdiam diri. Saya yakin anda semua suka melihat perkara yang baik,” jelasnya.

Walaupun begitu, Heliza menegaskan bahawa keputusan untuk tidak terlalu berkongsi adalah atas sebab peribadi, dan dia memilih untuk berpegang kepada prinsip berdiam diri demi kebaikan.

BACA: Akhirnya Ketua Pengarah RTM jawab dakwaan culas bayar gaji pekerja