Maksud kentut menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah:
Angin yang keluar melalui pelepasan (jubur);
Berkentut: mengeluarkan angin melalui pelepasan; mengentutkan: mengeluarkan kentut (dengan sengaja);
Terkentut: berkentut secara tidak sengaja (kerana tidak dapat ditahan lagi) atau secara tiba-tiba.
Sekarang, mari kita lihat fakta menarik ini.
Adakah pembaca The Vocket tahu bahawa angin kentut sebenarnya adalah sejenis gas yang mudah terbakar?
Ramai yang suka merakam aksi kentut mereka dengan mengarahkan gas kentut ke arah api (contoh: menggunakan pemetik api) untuk menghasilkan kesan seperti pelancar api mini.
Aksi ini boleh menjadi bahaya tetapi juga lucu pada masa yang sama. Jom saksikan koleksi aksi pelancar api versi kentut manusia ini.