“Saya selalu lalui perkara ini waktu zaman tengah keras dulu. Ada banyak ketika, saya lalu tol dalam keadaan saya dah tak ada duit langsung.
Punyalah tak ada sehinggakan duit syiling pun kering,”.
Itu antara luahan seorang ahli perniagaan berjaya dikenali sebagai Azri Walter,
yang berkongsi pengalamannya berdepan waktu sukar sehinggakan hendak bayar tol pun tidak lepas.
Azri atau nama penuhnya Azri Alwan Nordin berkata, ramai tidak tahu bahawa sebenarnya jurutol boleh memberikan laluan percuma kepada pengguna jalan raya yang betul-betul tiada duit.
Namun katanya, jurutol tidaklah memberikan laluan percuma 100 peratus, sebaliknya individu tersebut akan diberikan slip hutang untuk diselesaikan dalam tempoh diberikan.
Kami kongsikan coretan penuh anak muda ini seperti yang dikongsi di Facebook miliknya baru-baru ini.
Tips plaza Tol.
Saya selalu lalui perkara ini waktu zaman tengah keras dulu. Ada banyak ketika, saya lalu tol dalam keadaan saya dah takde duit langsung. Punyalah takde sehinggakan duit syiling pun kering.
Ada orang yang dah tahu benda ni dan ada orang tak tahu.
Oleh itu, jika korang lalu tol dan takde duit atau tertinggal duit dan sebagainya, jangan panik, jangan lari, jangan menangis rekod video post tiktok dan jangan langgar palang tu.
Ini solusinya :
Pergi lorong yang ada jurutol.
Mohon maaf dan beritahu jujur bahawa kita tak ada duit.
Jurutol akan keluar untuk catatkan nombor pendaftaran kenderaan dan berikan satu slip hutang. Kemudian juru tol akan bayarkan dahulu lalu palang akan terbuka.
Nanti bila-bila dah ada duit (ikut tempoh bayar semula, yang tertulis dalam slip) guna semula highway itu, tunjukkan slip yang diberikan dan bayar hutang tol.
Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Yang penting jangan menggelupor. Apabila kita tenang, otak kita akan berfungsi dengan lebih baik.
Semoga bermanfaat!