Rupanya ada di Malaysia, rumah kampung dicelah kedai di Kuala Lumpur curi tumpuan netizen

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Tahukah anda .. Inilah ‘Rumah Degil’ yang pernah berdiri selama lebih dari 70 tahun di Alamat Rumah Melayu NO 41,

Jalan Chow Kit di tengah-tengah pusat perhatian ibu kota Kuala Lumpur. Pemilik asal rumah ini adalah Nenek Norma.

Banyak sumber cerita mengenai rumah ini. Tuan empunya rumah, ‘degil’ dan keras kepala tidak mahu menjual rumahnya kepada pihak pemaju di kawasan tersebut.

Rupanya ada di Malaysia, rumah kampung dicelah kedai di Kuala Lumpur curi tumpuan netizen

Hingga bangunan-bangunan kedai dinaikkan di sebelah kiri dan kanan rumah, tetapi rumah ini masih kukuh dan utuh berdiri.

Pelbagai usaha dilakukan untuk membujuk Nenek Norma, agar menjual rumah itu. Namun, bertahun-tahun berlalu, sehingga beliau meninggal dunia.

Apabila tahun 2013 tiba, akhirnya rumah ini terpaksa dilepaskan juga. Namun, masih ramai orang yang tidak menyedari bahawa struktur asli rumah ini telah dipindahkan ke Balai Seni Negara, yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Sebagai saksi sejarah umum tentang keberadaan rumah tradisional Melayu, yang dulunya banyak didirikan di kota metropolitan ini. Bissirril al-fatihah buat roh allahyarhamah Nenek Norma.

BACA: “Tiap kali aku post di sosial media, dia akan beli semua benda yang sama dengan aku, dia sanggup buat pembedahan plastik, nak muka sama macam aku”