Umum mengetahui bahawa Touch ‘n Go adalah sistem pembayaran elektronik yang digunakan secara meluas untuk tol,
Pengangkutan awam, parkir, dan pelbagai perkhidmatan lain.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di laman X yang menunjukkan seorang lelaki mempunyai baki lebih RM1,000
Dalam kad Touch ‘n Go miliknya ketika membuat pembayaran di lorong tol.
Dalam video tersebut, lelaki yang sedang memandu itu meminta rakannya meneka baki yang akan tertera apabila dia menyentuh kad Touch ‘n Go.
“Tak pasti la, mungkin ada RM10, RM20 atau RM30 macam tu kot,” jawab rakannya.
Namun begitu, apabila kad Touch ‘n Go tersebut disentuh, rakannya terkejut apabila mendapati baki sebanyak RM1,102.36 dipaparkan.
“Weh, RM1,000! Kau buat apa top-up seribu dalam kad Touch ‘n Go?” soal rakannya kehairanan.
Menjengah ke ruangan komen, warganet turut mempersoalkan tujuan mempunyai jumlah sebanyak itu dalam kad Touch ‘n Go dan membangkitkan kemungkinan nilai tersebut dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Kalau tiba-tiba kad Touch ‘n Go tu hilang atau kena curi, siapa yang dapat memang untung. Boleh jalan percuma ke seluruh Malaysia.
Kenapa ada duit sebanyak tu dalam Touch ‘n Go? Tak silap aku, duit yang masuk dalam Touch ‘n Go ni tak boleh dikeluarkan semula sebagai wang tunai.
“Woi, separuh daripada gaji bulanan aku ada dalam kad Touch ‘n Go dia je. Aku agak terkesan dengan pendedahan ni. Sikitnya pendapatan aku.
“Kenapa ada duit sebanyak tu dalam Touch ‘n Go? Tak silap aku, duit yang masuk dalam Touch ‘n Go ni tak boleh dikeluarkan semula sebagai wang tunai,” ujar warganet.
Sementara itu, ada warganet yang pernah menyimpan jumlah sebanyak itu dalam kad Touch ‘n Go tampil memberikan penjelasan mengapa mereka melakukannya.
“Aku ingat dulu, aku ikut kawan pergi Terengganu atas urusan kerja, sekali dia sentuh Touch ‘n Go di tol, hampir RM2,000 juga keluar dekat skrin tu. Bila aku tanya, rupanya tu kad Touch ‘n Go syarikat yang client dah top-up.
“Ya betul, biasanya mereka yang selalu kena outstation atau pemandu syarikat, syarikat akan bagi kad Touch ‘n Go macam ni siap-siap. Nanti tak perlu klaim tol.
“Ada juga yang memang suka masukkan terus ‘segedebuk’ duit ke dalam kad Touch ‘n Go setiap awal bulan. Senang nanti, dah tak perlu fikir kalau tiba-tiba tak cukup baki,” jelas beberapa warganet.
BACA: ‘Jangan gatal tangan tekan’ Ini fungsi sebenar butang ini pada kereta