Seiring berlalunya waktu, perkembangan teknologi internet hari ini dapat dilihat berkembang dengan pesat.
Oleh itu, adalah penting bagi orang ramai untuk memiliki kesedaran IT agar dapat mengelakkan kesilapan semasa menggunakan kemudahan tersebut.
Penggunaan internet yang tidak terkawal boleh menimbulkan masalah dan keburukan kepada pengguna, tidak kira siapa pun mereka.
Ini menjadi lebih penting lagi jika anda mempunyai keluarga. Oleh itu, keperluan untuk mengawal penggunaan internet dalam kalangan ahli keluarga sendiri semakin meningkat.
Aplikasi dan laman web yang tidak senonoh boleh menjadi ancaman kepada anak-anak jika mereka diberikan kebebasan untuk melayari internet tanpa kawalan.
Sebagai ibu bapa, langkah-langkah untuk mengawal penggunaan internet oleh anak-anak perlu diambil.
Bagaimana pula cara untuk mengawal penggunaan internet tersebut?
Jangan risau, artikel ini akan berkongsi cara mudah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengawal penggunaan internet oleh anak-anak.
Salah satu cara adalah dengan menyekat laman web atau aplikasi yang sering digunakan oleh anak-anak.
Perkongsian menarik ini datang daripada seorang pengguna TikTok @unifitanxy yang merupakan kakitangan Telekom Malaysia.
Beliau berkongsi bahawa anda boleh melakukan sekatan dengan membataskan masa penggunaan gajet anak-anak.
Kaedah ini sesuai untuk mereka yang menggunakan sambungan internet WiFi di rumah melalui ‘router’ jenis Dlink.
Menurut @unifitanxy, langkah pertama adalah melakukan carian dengan menaip IP 192.168.0.1 pada enjin carian web.
Setelah itu, anda perlu memasukkan kata laluan router yang terdapat pada pelekat di belakang router WiFi anda.
“Setelah anda berjaya masuk ke laman tersebut, anda akan dapati paparan dengan pilihan kekunci keamanan dan di sebelah kirinya terdapat kawalan ibu bapa.
Dalam paparan tersebut, terdapat tiga pilihan untuk URL yang dimasukkan iaitu Always, Schedule, dan Disable. Dalam video ini, @unifitanxy memilih tetapan Schedule jika ibu bapa ingin membuat jadual akses kepada laman web yang biasa dilayari oleh anak-anak, contohnya laman web permainan.
Menurut @unifitanxy, jika anda ingin menyekat sepenuhnya akses kepada sesuatu laman web, anda boleh memilih tetapan Disable.
“Dalam video ini, saya ajar yang mudah, jadualkan sahaja. Anda tidak perlu memasukkan alamat utama anak anda. Anda hanya perlu masukkan URL aplikasi yang ingin ditetapkan,” jelas beliau.
Selain itu, anda juga boleh menetapkan hari dan masa tertentu untuk membatasi penggunaan internet oleh anak-anak anda.
Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda boleh menonton video yang dikongsi oleh @unifitanxy.