Banyak di antara kita mungkin pernah melihat perhiasan yang menggambarkan sebuah kapal kecil ditempatkan di dalam sebuah botol kaca.
Bagi sebilangan daripada kita, mungkin tidak pernah terfikir tentang bagaimana kapal itu
Boleh dimuatkan ke dalam lubang botol yang jauh lebih kecil daripada saiz kapal itu sendiri.
Cara untuk memasukkan kapal ini sebenarnya agak unik dan kompleks. Setiap kapal yang dibina akan dihubungkan dengan benang dan tali halus.
Apabila badan kapal dimasukkan ke dalam botol, benang tersebut akan ditarik untuk menaikkan bahagian kapal yang dihubungkan bersama benang tersebut ke kedudukan sebenarnya.
Untuk memahami proses ini dengan lebih lanjut, anda boleh mengikuti cara serta proses pembuatan perhiasan ini dalam video berikut:
BACA: ‘Mandi sungai pun tak selamat!’, Lelaki diserang jerung ketika mandi sungai