Rupanya ini fungsi sebenar klip bawah cermin pandang belakang ramai tak tahu

Oleh NADIA HARON

Bagi sesiapa yang kerap memandu pada waktu malam, pasti pernah mengalami gangguan daripada kenderaan yang dipandu dengan kelajuan tinggi.

Salah satu taktik yang sering digunakan oleh pemandu yang agak berani adalah dengan memasang lampu tinggi ‘high beam’ semasa berada di belakang kenderaan anda.

Tindakan ini menyebabkan pemandu di hadapan merasa silau dan terpaksa menukar laluan secara tergesa-gesa.

Rupanya ini fungsi sebenar klip bawah cermin pandang belakang ramai tak tahu

Selain itu, ada juga pemandu yang tidak dapat membezakan lampu kereta biasa dengan lampu ‘high beam’, atau mengubahsuai warna dan kecerahan lampu kereta sehingga memberikan ketidakselesaan kepada pengguna jalan lain.

Tahukah anda, sebenarnya terdapat satu bahagian rahsia yang boleh membantu kita ketika berhadapan dengan situasi seperti ini di jalan raya. Bahagian tersebut adalah cermin pandang belakang yang membantu kita melihat kenderaan di belakang.

Apabila seseorang memasang ‘high beam’ di belakang kenderaan kita, cahaya tersebut akan terpantul secara langsung ke mata kita, menyebabkan kesakitan dan tekanan untuk menukar laluan secara cepat

. Namun, dengan menekan ‘ini’, cahaya tersebut tidak akan mengganggu mata pemandu dan kita boleh meneruskan pemanduan seperti biasa.

Elakkan daripada silau, inilah fungsi togel pada cermin pandang belakang. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa bahagian ini memberikan fungsi penting dalam pemanduan pada waktu malam.

Untuk makluman, bahagian ini membolehkan kita mengubah sudut cermin pandang belakang bagi memperoleh pengalaman pemanduan yang lebih baik pada waktu malam.

Cara penggunaannya sangat mudah, apabila bertemu dengan pemandu yang menggunakan ‘high beam’, hanya perlu menekan togel ini dan sudut cermin pandang belakang akan berubah. Kaedah ini membantu mengurangkan rasa silau dan lebih mudah serta murah daripada menggelapkan cermin tingkap.

Menurut Top Gear, ini merupakan cara yang paling selamat ketika berdepan dengan lampu ‘high beam’ pada waktu malam. Walaupun beberapa kereta kini dilengkapi dengan cermin pandang belakang yang secara automatik menyesuaikan cahaya, kebanyakan kereta masih tidak mempunyainya.

Oleh itu, menekan togel ini ketika memandu pada waktu malam adalah langkah yang sangat berguna, terutama bagi mereka yang sering ‘dicucuk’ oleh lampu ‘high beam’ atau memiliki mata yang sensitif terhadap cahaya.

BACA: Pemilik sebenar wang kertas RM50 kongsi kisah disebalik ‘Duit last ayoh bagi 11/5/20’