Rupanya ini fungsi sebenar mohor besar Raja-raja selain umum raya ramai tak tahu

Oleh ISMAIL YAHYA

Sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri, umat Islam selalu menantikan munculnya seorang individu di televisyen sambil meramal warna baju Melayu yang akan dikenakan.

Individu itu adalah Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, yang merupakan Setiausaha Raja-Raja Melayu

Atau lebih dikenali sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Rupanya ini fungsi sebenar mohor besar Raja-raja selain umum raya ramai tak tahu

Tugasnya adalah untuk mengumumkan tarikh permulaan puasa dan Hari Raya bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia setelah mendapat kebenaran dari Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Tetapi tahukah anda apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Mohor Besar Raja-Raja?

Mohor besar ini melambangkan kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Selain itu, Surat Cara juga akan dimeterai oleh Mohor Besar yang menunjukkan kuasa dan kepercayaan. Ini juga mengesahkan kesahihan dan kebenaran surat tersebut.

Mohor Besar ini disimpan dan digunakan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Apa yang menarik tentang Mohor Besar Raja-Raja ini, pada permukaannya terdapat lambang sembilan negeri Melayu Beraja iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Perlis.

Selain itu, pada permukaan mohor besar itu terdapat perkataan ‘Mohor Besar Raja-Raja’ dalam tulisan jawi.

BACA: Berkat berhabis duit dengan orang tua, Allah bayar dengan sale 6 angka