Jika anda sering menghabiskan masa di dalam kereta, pasti pernah melihat sesuatu seperti titik hitam kecil yang mengelilingi tepi cermin depan kereta anda.
Tetapi apa sebenarnya titik hitam kecil itu dan apakah fungsinya?
Untuk mengetahui dan memahami lebih lanjut mengenai perkara itu, artikel ini akan menjelaskan tentang hal tersebut.
Titik hitam yang mengelilingi cermin kereta itu dikenali sebagai ‘frit’ atau ‘band frit’, iaitu lapisan cat seramik yang melekat pada kaca.
Tujuan utama ‘frit’ ini adalah untuk melindungi pengedap urentana yang mengekalkan cermin depan daripada sinaran ultraviolet yang merosakkan.
‘Frit’ ini telah menjadi biasa sejak tahun 1950-an dan 60-an, ketika pengilang kereta beralih daripada trim logam kepada pelekat.
Mengapa berbentuk titik?
Dot matriks yang terdapat pada cermin kereta adalah corak halftone. Ia direka sedemikian bagi tujuan estetika.
Corak itu memberikan peralihan yang licin daripada hitam jalur ‘frit’ kepada kaca yang jernih.
Ini membantu mengurangkan ketaraan jalur ‘frit’ pada pandangan kasar dan memberikan penampilan visual yang lebih menarik.
Walau bagaimanapun, titik-titik hitam itu bukan hanya bagi tujuan estetika. Ia juga bertujuan untuk membantu mengawal suhu cermin kereta.
Untuk membentuk cermin depan yang membengkok, kaca itu perlu dipanaskan terlebih dahulu.
Kaca yang dicat hitam akan menyerap haba lebih cepat daripada permukaan kaca yang tidak dicat hitam.
Titik-titik hitam ini kemudian menyebarkan haba secara seragam, menghalang cermin depan daripada mereput disebabkan haba yang berlebihan.
Bagaimana pula dengan titik-titik hitam di sebelah dalam cermin pandang belakang?
Pada kereta moden, terdapat kumpulan titik hitam lain pada cermin depan. Ia terletak di belakang cermin pandang belakang kereta anda.
Titik ini dipanggil ‘frit visor ketiga’, dan ia membantu menghalang cahaya matahari dari terus memasuki kabin melalui ruang di antara dua visor matahari.
Jadi, titik-titik hitam ini mempunyai fungsi tersendiri yang penting.
Sekarang anda tahu, apa kegunaan titik-titik hitam tersebut. Semoga perkongsian ini memberikan anda satu pengetahuan yang baru.