Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016
Dan dikurniakan tiga orang anak, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy, dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin, seorang pelakon dan pengacara wanita Malaysia, memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada tahun 2012.
Bakat serta wajahnya yang jelita membuatkan dia cepat dikenali ramai.
Seperti yang ramai sedia maklum, Syatilla kerap memuat naik video bersama keluarganya di media sosial, terutama di Instagram dan TikTok.
Dia dikenali dengan sikap suka melawak dengan keluarganya, yang membuat ramai peminat terhibur dengan telatahnya.
“Rupanya Ramai Juga Yang Terkena Melasma Ni, Saya Kena Lepas Bersalin” – Netizen
@samtilla82Sapa wehh mcm aku? Tolong lah cakap adaaa😭😭😭
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di TikTok milik Syatilla Melvin telah tular dan menarik perhatian ramai. Video tersebut telah meraih tontonan sebanyak 1.8 juta, 68 ribu tanda suka, dan 415 komen.
Dalam video berkenaan, Syatilla berkongsi bahawa dia terpaksa bertutup litup untuk menjaga kulitnya daripada terdedah kepada matahari kerana mengalami melasma apabila berada di luar rumah.
BACA: Terjawab punca najis manusia di taman perumahan ini mengalir seperti air sungai