Rupanya ini sebab Presiden Rusia jalan tak hayun tangan kanan, ini sebabnya

Oleh NADIA HARON

Perasan atau tidak, cara Presiden Rusia ini berjalan agak unik. Biasanya kita menghayunkan kedua-dua belah tangan semasa berjalan,

tetapi Putin sering kelihatan hanya menghayunkan sebelah tangan kiri sahaja, manakala tangan kanannya sering kali terkunci di sisi atau hanya dihayunkan dengan minima.

Sehingga kini, tiada siapa yang pasti tentang sebab di sebalik tabiat berjalan luar biasa Putin.

Ada yang mengatakan ia mungkin disebabkan virus polio yang dialaminya semasa kecil, manakala ada yang mendakwa ia adalah simptom penyakit Parkinson.

Namun, sepasukan Pakar Neurologi dari Belanda mendakwa mereka telah menemui jawapan sebenar selepas menjalankan kajian terhadap cara unik Vladimir Putin berjalan.

Rupanya ini sebab Presiden Rusia jalan tak hayun tangan kanan, ini sebabnya

Menurut pasukan tersebut, gaya berjalan unik Putin adalah hasil daripada latihan yang diterimanya semasa berkhidmat dalam Jawatankuasa Gosudarstvennoy (KGB), sebuah perkhidmatan perisikan rahsia Kesatuan Soviet yang dibubarkan sejak tahun 1991.

Sebelum terlibat dalam politik, Putin merupakan seorang pegawai perisik dan pernah berkhidmat di Jerman.

“Mereka boleh menggerakkan atau menghayunkan tangan kiri dengan bebas tetapi tidak tangan kanan,” kata pakar.

Pakar saraf ini telah meneliti video di laman YouTube yang menunjukkan cara berjalan Presiden Putin. Mereka juga telah menganalisis garis panduan latihan KGB dan membuat kesimpulan berdasarkan penemuan mereka.

Menurut garis panduan tersebut, ejen KGB dikehendaki menyembunyikan senjata mereka dengan tangan kanan dekat dengan dada.

Mereka boleh menggerakkan atau menghayunkan tangan kiri dengan bebas, tetapi tangan kanan perlu tetap dekat dengan badan untuk memudahkan mereka mengeluarkan senjata apabila berdepan dengan musuh.

Perkara ini bukan sahaja berlaku pada Putin, tetapi juga pada Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev, dan tiga pegawai tinggi Rusia yang lain, yang turut berjalan dengan cara yang ‘pelik’. Kata pakar, kesemua mereka hanya menghayunkan tangan kiri semasa berjalan.

Kumpulan penyelidik ini juga mendakwa, kemungkinan latihan-latihan persenjataan lain dalam KGB turut mempengaruhi cara pemimpin-pemimpin elit Rusia berjalan.

BACA: Pemuda tak puas hati basikal tua karat berharga RM1k sebuah