Rupanya ini ‘trik’ bakar ayam dalam air fryer supaya tak hangit

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Kebanyakkan pemilik penggoreng kering atau air fryer pastinya telah menjadikan alatan elektrik tersebut sebagai ‘perkasam’ di dapur anda.

Mana tidaknya, walaupun air fryer ini sangat membantu terutamanya dalam urusan memasak namun ia agak susah untuk digunakan bagi mereka yang kurang mahir.

Prihatin dengan masalah dihadapi orang ramai, seorang wanita dikenali sebagai Kak Mie tampil berkongsi ilmunya untuk memanggang ayam menggunakan alat tersebut.

Rupanya ini ‘trik’ bakar ayam dalam air fryer supaya tak hangit

“Punya semangat nak tengok hasil. Baru separuh jalan ada bau hangus. Buka sahaja bakul air fryer. Bahagian atas ayam hangit, langsung tak boleh makan. Pelbagai tips sudah dicuba tetapi masih hangus juga.

“Jangan risau sebab Kak Mie ada tips untuk anda. Ini tips panggang ayam seekor TAK HANGUS dalam air fryer. Selepas berkali-kali eksperimen, Kak Mie jumpa satu cara yang paling berkesan.

Puas godek air fryer tapi selalu gagal, rupanya ini 'trik' bakar ayam  supaya tak hangit

“Tipsnya adalah dengan menutup bahagian atas ayam untuk kita panggang. Bagaimana nak tutup? Kakmie menggunakan satu penutup jaring besi (stainless steel),” kata pemilik nama sebenar Salmy Saznira itu.

Pemilihan jaring besi

Penutup besi ini senang sahaja untuk dapatkan. Banyak jual di pasaraya. Kakmie beli dekat Daiso. Pastikan ukur terlebih dahulu saiz bakul air fryer sebelum membeli jaring.

Beli penutup besi dalam yang lebih kecil dari saiz bakul air fryer. Jika jumpa yang ada pemegang (besi bulat atas jaring) lebih senang untuk diangkat ketika besi panas.

Menurut Kak Mie yang membuat perkongsian di laman web resepiairfryer.com itu, penetapan suhu alatan tersebut juga penting bagi memastikan masakan menjadi.

Berikut cara tetapan yang betul supaya ayam panggang dimasak dengan sempurna mengikut langkah-langkah diterangkan oleh Kak Mie berdasarkan perkongsian itu.

Cara-cara tetapan

1. Pastikan suhu air fryer disetkan dalam suhu 200 darjah selama 20 minit.

2. Kemudian, buka penutup jaring dan sapukan mentega. Sambung bakar dengan suhu yang disetkan pada 190 darjah selama 5 minit lagi

3. Selepas itu, balikkan ayam dan sapu jus serta lebihan mentega yang sudah cair kepada ayam. Tutup semula ayam dengan penutup jaring dan setkan suhu pada 200 darjah selama 20 minit.

4. Kemudian, buka penutup jaring dan sapukan lagi cecair mentega. Selepas itu, sambung bakar dengan suh disetkan pada 190 darjah selama 5 minit.

5. Tips ini sesuai untuk ayam bersaiz 1.3 ke 1.6 kilogram (kg). Sekiranya ayam yang digunakan melebihi saiz tersebut, ia perlu dibakar dengan lebih lama.

Baca juga:“Walaupun saya hanya surirumah tapi saya tak bodoh, satu hari menantu saya tanya sesuatu buat saya sedar yang mereka benci kami mertua”