Rupanya ramai mak-mak tak tahu cara goreng ikan keli confirm tak meletup

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Melatah dan melecur akibat terkejut serta terkena minyak yang meletup semasa menggoreng ikan,

Terutamanya ikan keli, sudah menjadi kebiasaan bagi ramai orang.

Ini kerana terdapat cara yang betul untuk menggoreng ikan keli agar anda dapat ‘bebas’ dari bahaya minyak panas ini.

Menurut perkongsian dari laman TikTok @pakman3500, rahsianya adalah

Dengan menggunakan asam keping atau asam gelugur semasa menggoreng ikan.

Rupanya ramai mak-mak tak tahu cara goreng ikan keli confirm tak meletup

Biasanya, kaedah ini dilakukan untuk menggoreng ikan seperti ikan keli dan siakap, atau jenis ikan lain, kerana ikan sering menyebabkan minyak masak terpercik atau meletup ketika menggoreng.

Selain itu, katanya, cara ini bukan sahaja dapat mengelakkan percikan minyak, tetapi juga membuatkan ikan keli yang digoreng kurang berminyak dan lebih rangup!

Cara-caranya:

1.Panaskan minyak di dalam kuali.
2.Apabila minyak sudah panas, masukkan kira-kira dua atau tiga keping asam keping terlebih dahulu.
3.Kemudian, masukkan ikan keli yang telah disaluti garam dan kunyit.
4.Biarkan seketika dan alih. Angkat apabila kedua-dua belah isi ikan sudah masak.

Selain itu, kebaikan lain menggunakan asam keping sebelum menggoreng adalah:

-Mengurangkan penyerapan minyak yang banyak dalam masakan.
-Makanan yang digoreng tidak melekat di kuali.
-Ikan goreng lebih enak dan tidak hanyir!