Rupanya ramai tak perasan, whatsapp dah ada fungsi baru yang ramai tak sedar

Oleh GEMILANGDAILY

Rupanya ramai tak perasan, whatsapp dah ada fungsi baru yang ramai tak sedar. TEKNOLOGI dan media digital sentiasa berkembang dari masa ke semasa.

Kemas kini akan dilakukan untuk memastikan pengalaman pengguna lebih lancar dan juga meningkatkan tahap keselamatan platform itu.

Persoalan tentang ketirisan maklumat peribadi sering berlegar-legar dalam perbincangan dunia digital kerana lumrah alam maya yang mudah untuk dicerobohi pihak tidak sepatutnya.

Rupanya ramai tak perasan, whatsapp dah ada fungsi baru yang ramai tak sedar

WhatsApp menjadi medium komunikasi ramai.

Baru-baru ini perantara komunikasi yang menjadi pilihan utama masyarakat dunia, WhatsApp, melancarkan ciri-ciri keselamatan baharu untuk menjamin privasi pengguna.

Pengemaskinian WhatsApp kali ini menumpukan kepada tetapan pentadbir (admin) grup. Ramai yang masih belum tahu sebenarnya!

1) Pentadbir grup kini mempunyai kawalan yang lebih luas

Sesiapa sahaja yang ingin menyertai grup WhatsApp sama ada melalui pautan atau lain-lain kaedah perlu melalui pentadbir grup terlebih dahulu.

Pentadbir grup boleh menentukan siapa yang dibenarkan dan siapa yang akan ditolak untuk masuk ke dalam grup WhatsApp di bawah kendaliannya.

Ciri ini membenarkan pentadbir grup untuk menapis ahli agar suasana perbualan dalam grup lebih sihat dan harmoni.

Grup WhatsApp kini lebih mudah untuk dikelola oleh pentadbir. (Gambar hiasan, Freepik)

2) Lihat grup WhatsApp yang mempunyai rakan anda

Komuniti WhatsApp adalah sangat besar dan ciri baharu yang diperkenalkan ini akan memudahkan anda untuk mencari grup yang anda sertai bersama rakan-rakan.

Anda hanya perlu membuka profil rakan dan dapat melihat grup yang disertai anda dan rakan.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah-susah untuk menatal ke bawah paparan digital bagi mencari satu grup bersama rakan yang anda seakan-akan lupa namanya.

Kongsikan maklumat ini kepada yang lain juga agar mereka tidak ketinggalan.

BAca:

Duit Malaysia ada lemak babi? Sekali bekas Mufti Wilayah terpaksa buka mulut

“Aku kantoi berkhalwat dengan bini aku, setahun dia tak bercakap dengan aku, aku curi baca telefon isteri, rupanya ini kerja dia