Semasa hendak mencuci pakaian, ramai di antara kita mungkin berfikir, “Letakkan sabun terus pada pakaian saja, kan lebih mudah!”
Memang nampak praktikal, tapi tahukah anda bahawa cara ini sebenarnya bukanlah kaedah terbaik untuk hasil cucian yang terbaik?
Walaupun meletakkan sabun terus dalam mesin basuh adalah amalan lazim, ia sebenarnya tidak memberikan hasil cuci yang efektif dan mengekalkan kualiti pakaian.
Menurut perkongsian TikTok @abgletriqq, pengguna perlu mengelakkan meletakkan sabun terus dalam mesin basuh.
Jadi, di mana sebaiknya kita meletakkan sabun? Jawapannya adalah dalam compartment sabun yang disediakan dalam mesin basuh.
Mesin basuh direka dengan compartment khas untuk sabun di mana air akan masuk terlebih dahulu untuk melarutkan sabun sebelum campuran sabun dan air itu mencuci pakaian.
Ini memastikan sabun dapat meresap ke dalam fabrik dengan baik dan membersihkan kotoran secara efektif. Mesin basuh jenis front load, misalnya, dilengkapi dengan “fill-in heater” yang membantu melarutkan sabun lebih baik.
Jika sabun tidak larut sepenuhnya, sisa sabun mungkin akan terperangkap pada pakaian. Ini lebih ketara apabila menggunakan sabun serbuk. Sisa sabun yang tertinggal boleh menyebabkan pakaian kelihatan kotor dan berbintik, serta merosakkan tekstur kain.
Pakaian gelap terutamanya cenderung menunjukkan kesan sisa sabun, menjadikannya kelihatan kurang bersih. Ramai tidak menyedari bahawa semua mesin basuh dilengkapi dengan compartment sabun, termasuk mesin basuh jenis top load.
Jika anda tidak pasti di mana compartment sabun itu, periksa manual pengguna mesin basuh anda. Kebanyakan mesin basuh, termasuk yang jenis top load, mempunyai compartment sabun yang mungkin tersembunyi atau kurang jelas kelihatan.