Rupanya The Simpsons dah jangka banjir besar landa KL dalam masa terdekat

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

SEPERTI yang diketahui ramai siri kartun popular The Simpsons sering mencuri tumpuan dengan ramalan tentang beberapa kejadian di seluruh dunia yang akhir menjadi kenyataan.

Salah satu episod yang disiarkan pada tahun 2000 turut meramalkan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) dan ia benar-benar berlaku pada tahun 2017.

Di aplikasi TikTok, seorang lelaki dikenali sebagai Joel Ravin memuat naik video sedutan The Simpsons yang meramalkan ibu negara Malaysia

iaitu Kuala Lumpur dilanda gelombang air pasang surut sehingga mengorbankan 120 nyawa.

“Berita tragik malam ini, 120 orang mati dalam gelombang pasang di Kuala Lala… Peer… Kualala… Oar… Ya saya tahu siaran dah mula. Tapi saya tak peduli.

Rupanya The Simpsons dah jangka banjir besar landa KL dalam masa terdekat

“Saya tak baca berita itu sehingga saya dapat roti Danish saya. Pergilah cuba cari pengganti,” ujar watak pembaca berita lelaki itu.

Kemudiannya muncul satu lagi watak yang memakai kostum lebah mengambil alih tempat lelaki tersebut dan terus membaca skrip berita berkenaan.

“Gelombang pasang yang kuat di Kuala Lumpur membunuh 120 orang,” demikian menurut skrip berita tersebut.

Video pendek yang dikongsi Joel Ravin sehingga kini meraih lebih 700,000 tontonan dan dihujani lebih 1,000 komen netizen.

The Simpsons jangka banjir besar landa KL dalam masa terdekat, 120 terkorban

Namun, sebilangan netizen meragui ramalan gelombang pasang surut itu kerana kedudukan Kuala Lumpur jauh jauh dari pantai dan laut.
“Rancanglah macam mana pun… kalau Allah kata tidak, semua tak akan berlaku.

“Tak semestinya tidal wave. Kemungkinan kemarau atau banjir. Tanda-tanda dah datang, banyakkan beramal.

“Tidal wave? Kat KL? Air pasang besar celah mana kat KL?

A electronic billboard showing reminder people to together stop the Covid-19 virus at Jalan Ampang, Kuala Lumpur. — FAIHAN GHANI/The Star

Episod yang menyebut nama Kuala Lumpur itu menjadi perhatian rakyat Malaysia selepas ia tular di TikTok.

“KL tiada pantai. Takkan kat area Pantai Dalam?

“Tu bukan ramalan tapi mereka dah rancang,” tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, siri sitkom Amerika yang diterbitkan syarikat penerbitan Fox itu mula ditayangkan pada tahun 1989.

Walaubagaimanapun Islam melarang umatnya untuk mempercayai apa juga ramalan atau bomoh kerana ia bertentangan dengan akidah.

BACA: “Sampai je rumah, sempatlah aku bersembang dengan maknya depan pintu rumah, banyaklah kisah diceritakan, namun ada satu yang buat aku terus terdiam..”