Sabah dan Selangor pertahan keputusan tak ikut PKPB

Sabah dan Selangor pertahan keputusan tak ikut PKPB

Sabah dan Selangor masing-masing mempertahankan keputusan mereka untuk tidak mematuhi sepenuhnya keputusan kerajaan pusat untuk membuka semula ekonomi negara berkuatkuasa semalam.

Dalam kes Sabah, Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan kerajaan persekutuan itu dibuat tanpa berhubung kerajaan negeri terlebih dulu yang memerlukan persediaan dilakukan.

“”Disebabkan kerajaan persekutuan memutuskan perkara itu tanpa berhubung dengan kerajaan negeri terlebih dahulu maka, kerajaan negeri memerlukan persediaan bagi melaksanakan PKPB tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, Shafie berkata, kerajaan negeri Sabah kekal dengan pendirian meneruskan perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei ini seperti yang dijadualkan sebelum ini.

“Saya harap keputusan ini membantu pihak industri dan pemilik perniagaan di negeri Sabah supaya dapat membuat persiapan lebih rapi sehingga 12 Mei nanti,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/524216?