Sabah sumbang 37 peratus kekayaan Malaysia, tapi Azmin perlaku Sabah macam pengemis

Sabah sumbang 37 peratus kekayaan Malaysia, tapi Azmin perlaku Sabah macam pengemis

Saya tidak pelik bila rakyat Sabah marah dan jengkel dengan perangai Semenanjung atau Malaya.

‘Sumbangan atau bajet’ dari Putrajaya bagaikan mereka di Sabah adalah peminta sedekah.

Bila diminta dan diluluskan permohonan Kerajaan Warisan Sabah, Azmin membayangkan itu ‘belas kasihan’ dia kepada negeri Sabah.

Begitu hina Menteri Kanan PN dari Semenanjung perlakukan Sabah dan rakyatnya sedangkan Sabah masih memerlukan begitu banyak pembangunan serta fasiliti asas. Saya menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri.

Untuk rekod, Sabah secara umum menyumbang 37 peratus kekayaan Malaysia dengan menghasilkan sekitar 1.3 bilion tong petroleum. [Kenyataan Ketua Menteri Sabah. Lihat: https://www.google.com.my/…/www.sinarharia…/ampArticle/92193]

Hasil perut bumi negeri Sabah dicukai dan dibawa ke Putrajaya, kemudian bila diminta peruntukan dikembalikan ke Sabah, rakyat Sabah bagaikan pengemis di mata Azmin Ali?!

Allah al-Musta’ān.

Sumber :