Sabri Yunus dedah “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” pernah selamatkan pasangan dari bercerai

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Sabri Yunus dedah “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” pernah selamatkan pasangan dari bercerai sabri yunus anak sabri yunus isteri sabri yunus [/bg_collapse]

 

Dahulu sebuah sitkom komedi di televisyen sangat-sangat terkenal sebelum wujudnya dunia internet seperti hari ini.

Antara sitkom komedi yang paling diingati oleh majoriti seluruh rakyat Malaysia adalah “Pi Mai Pi Mai Tang Tu”

Sabri Yunus dedah Pi Mai Pi Mai Tang Tu pernah selamatkan pasangan dari bercerai

Sitkom komedi, Pi Mai Pi Mai Tang Tu pernah menjadi fenomena sekitar tahun 80-an sehingga melonjakkan watak-watak seperti Pak Uda, Mak Ngah, Ana, Lucy, Budin, Mat Deris, Mat Over dan Ravi.

Watak itu begitu sinonim dengan sitkom tersebut dan masih diingati sehingga hari ini.

Mengangkat kisah hidup masyarakat Flat Seri Wangi, sitkom itu lahir daripada idea pengarah Dr Hatta Azad Khan dan pernah di pentaskan di Istana Budaya sekitar tahun 2006.

Namun siapa sangka ada kisah menarik di sebalik sitkom komen ‘lejeng’ itu selepas berpuluh tahun ia disiarkan.

Sabri Yunus dedah Pi Mai Pi Mai Tang Tu pernah selamatkan pasangan dari bercerai

Menyelamatkan Rumah Tangga Yang Hampir Musnah

Teraju utama sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu iaitu saudara Sabri Yunus pernah berkongsi sebuah kisah sangat menarik yang mana kerana keletahnya dalam sitkom popular itu telah menyelamatkan rumah tangga yang retak dan hampir berantakan.

Kata Sabri begini sekitar awal 2000. Setelah lebih kurang 3 tahun siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu tidak lagi di siarkan, satu hari beliau didatangi oleh sepasang suami isteri sewaktu berada diluar sebuah pasar raya di Kuala Lumpur.

Isterinya membahasakan dirinya kakak dan beliau sudah lama berniat mahu bertemu dengan Sabri. Beliau bersyukur kerana akhirnya hajat beliau untuk berjumpa sabri menjadi kenyataan.

Suaminya hanya tersenyum dan menghulur tangan untuk berjabat tangan. Sabri menyambutnya dan turut tersenyṳm.

Lalu si isteri menyambung perbualannya dan berkata bahawa sabri telah menyelamatkan rumah tangga mereka yang hampir musnah.

Kisahnya pada suatu malam itu pasangan suami isteri itu bergaduh besar dan si suami keluar menonton televisyen manakala si isteri di dalam bilik dan beliau nekad mahu meminta cerai kepada suaminya.

” Katanya saya telah menyelamatkan rumah tangga dia dan suami.

” Cerita wanita itu, pada suatu malam mereka bergaduh besar dan hampir bercerai.

” Suaminya lari keluar bilik dan dia sɛndiri nekad ‘biar habis malam ini’. Tiba-tiba dia melihat suaminya tengah gelak ketika menonton sitkom itu.

” Wanita itu terdiam dan tengok lawak jenaka saya, ikut sama tergelak dan akhirnya duduk di sofa bersama suami gelak bersama sampai habis cerita,” kongsi Sabri.

Mereka berdua ketawa bersama lalu hubungan mereka kembali pulih.

Di dalam sitkom ini juga pɛminat mula mɛngenal Lucy lakonan Angelina tan dan Ravi di lakonkan oleh Sathiya.

Selain watak penting yang lain, watak Ravi dan Lucy banyak menghiburkan penonton ketika itu hasil telatah mereka dan gaya bahasa mereka yang tidak fasih berbahasa Melayu.

Lucy membuka saloon dan sering di ganggu oleh pemuda flat seperti Budin, Wan Ismail Golok dan Mat Deris lakonan Imud, Sabri Yunus dan Ahmad Busu.

Sabri Yunus dedah Pi Mai Pi Mai Tang Tu pernah selamatkan pasangan dari bercerai sabri yunus anak sabri yunus isteri sabri yunus

Watak Pak Uda juga sering menghiburkan penonton dengan penampilannya yang berkemeja senget sebelah, dan telatah manjanya bersama ‘anje’nya mak ngah lakonan Khatijah Tan.

Pak uda juga sering disakat oleh Budin, W.Ismail dan Deris. Dan setiap kali disakat Pak Uda selalunya akan mengadu kepada isterinya Mak Ngah.

Sitkom komedi popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu merupakan idea asal Hatta Azad Khan dan diarahkan oleh Othman Hafsham sekitar tahun 1985 hingga 2004.

Berita Lain:

 Kecoh rombakan kabinet bakal berlaku, ini jawapan Ismail Sabri

Rupanya suami Zulin Aziz bukan orang biasa-biasa…

Ini misteri disebalik lubang besar yang mengeluarkan bau busuk, kini berusia jutaan tahun

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)