Safawi dan Syifa Melvin akhirnya bergelar suami isteri

Safawi dan Syifa Melvin akhirnya bergelar suami isteri

Safawi dan Syifa Melvin akhirnya bergelar suami isteri. Syifa Melvin sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Safawi Rasid dengan sekali lafaz.

Dalam majlis diadakan di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya pasangan pengantin dilihat cantik dan segak mengenakan busana berwarna keemasan. Pada majlis itu, Safawi menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam sambil disaksikan oleh bapa kandungnya, Amirol Melvin dan pelakon Shaheizy Sam.

Majlis ijab qabul dan resepsi yang bertemakan serba putih dan menutup aurat itu dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat kedua-dua belah pihak serta media.

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan satu stadium menyanyikan lagu ’selamat pengantin baru’ buat Safawi selepas tamat perlawanan separuh akhir di antara pasukan JDT melawan Sabah FC.

Safawi dan Syifa Melvin akhirnya bergelar suami isteri

Bukan itu sahaja, turut tersebar kad undangan resepsi yang bertarikh 3 Disember depan dimana tertera nama ibu bapa Safawi, Rasid Sulong dan Selemeh Abu Bakar di media sosial.

BACA:

Jangan derhaka Agong Hadi! – Fahmi Fadzil

Kru Kabin ini selamba ‘kecek kelate’ buat penumpang terhibur

Semua terpegun tengok cara pramugari dilatih sebelum terbang

CATEGORIES