Salah guna dana awam, berkomplot dengan jenayah, rasuah RM 1.83 bilion, pegawai kerajaan China dihukum mati

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Seorang bekas pegawai kanan dari Inner Mongolia, China, telah dijatuhi hukuman mati kerana terlibat dalam rasuah bernilai tinggi, iaitu sebanyak RMB3 bilion (RM1.83 bilion), lapor Bloomberg.

Hukuman ini merupakan salah satu daripada kes hukuman mati yang jarang berlaku dalam kempen anti-rasuah yang diterajui oleh Presiden Xi Jinping.

Li Jianping, bekas ketua parti di zon pembangunan ekonomi bandar Hohhot, dihukum mati pada September 2022 atas tuduhan menerima rasuah,

beliau menyalahgunakan dana awam, dan berkomplot dengan sindiket jenayah. Li, yang berusia 64 tahun,

Dia gagal dalam rayuannya pada Ogos tahun ini sebelum hukuman tersebut disahkan oleh Mahkamah Agung China.

Salah guna dana awam, berkomplot dengan jenayah, rasuah RM 1.83 bilion, pegawai kerajaan China dihukum mati

Menurut agensi berita rasmi Xinhua, Li diberikan peluang untuk bertemu dengan keluarganya sebelum hukuman mati dilaksanakan pada hari Selasa.

Hukuman mati atas kes rasuah di China dianggap sebagai kes yang jarang berlaku. Kebiasaannya, pegawai yang bersalah dalam kes rasuah akan dijatuhi hukuman mati dengan penangguhan selama dua tahun, yang kemudiannya boleh ditukar kepada penjara seumur hidup jika mereka berkelakuan baik.

Namun, bagi pemerhati, kes Li Jianping ini menjadi contoh tegas kempen anti-rasuah Xi Jinping, yang tidak memberi ruang kepada sebarang kompromi terhadap kesalahan yang serius ini.

Kempen anti-rasuah ini telah menyaksikan jumlah pegawai kanan yang terlibat mencapai rekod tertinggi untuk dua tahun berturut-turut. Selain rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan, Xi juga memperluaskan kempen ini ke dalam institusi ketenteraan, dengan beberapa jeneral dan pegawai tinggi turut disiasat.

Antara tokoh terbaru yang terlibat ialah Miao Hua, seorang penyokong setia Xi dan ahli Suruhanjaya Ketenteraan Pusat.

Kempen anti-rasuah ini, yang dianggap sebagai salah satu langkah paling menyeluruh dalam sejarah Parti Komunis China, memberikan mesej jelas bahawa tiada sesiapa, termasuk mereka yang berada di kedudukan tinggi, akan terkecuali daripada tindakan tegas pihak berkuasa.

BACA: Sekumpulan pengunjung di tapak perkhemahan pelik terlihat khemah bergoyang-goyang