Assalamualaikum dan hai. Aku orang yang sama yang tulis luahan.Lepas baca komen, aku keliru aku ni betul2 tersakiti atau hanya aku yang tak sedar diri dan play victim.
Macam aku cakap mertua sangat baik dan sering membantu aku dan suami dalam kewangan.
Tapi bukan bagi duit tiap bulan macam tu ya. Bantu sini macam sediakan makan minum sebab kami kan tinggal sebumbung.
Kadang tu ada la hulur duit tapi bukan selalu dan aku akan simpan duit tu untuk kegunaan kecemasan macam anak2 nak ke klinik, atau kegunaan lain.
Tapi kadang rasa duit yang di hulur tu ibarat gaji sebab aku yang menguruskan semua kerja di rumah ni. Ka aku yang over thingking ni?
Bab suami pula. Biarpun dia masih belajar, tapi dia still cari duit lebih ya bila cuti sekolah sebab suami memang tidak akan minta duit dengan parentsnya.
Dia macam berdiri atas kaki sendiri. Sebab dia cakap dah bersyukur mertua dah tanggung kami.
Sebab nak harap pendapatannya berapa la sangat kan dengan kerja part time dia buat. Alhamdulillah suami seorang yang baik. Tapi mertua juga yang suruh dia sambung belajar jadi memang mertua la yang perlu tanggung semua tu kan.
Cuma yang tak okay masa dia. Dia dah full time belajar, bila cuti pigi part time. Jadi masa untuk aku memang jarang. Dia pun menjual online so memang hp 24 jam la di tangan. Jadi most of time kami gaduh memang sebab masa la yang jarang di luangkan pada kami.
Alasan suami dia cari duit untuk kami anak beranak. Tak tau bersyukur kah aku ni ya dah dapat suami rajin cari duit tapi still menagih masa padanya?
Bab aku tak berapa ngam dengan ipar tu ada lah aku suarakan rasa untuk tinggal di luar. Menuntut tanggungjawab suami untuk sediakan aku rumah. Aku rasa dgn pendapatan suami cari duit tu boleh sediakan aku rumah biarpun sekadar bilik sahaja.
Tapi suami tak nak kami sewa bilik. Tapi nak sewa sebiji rumah dia rasa tak mampu. Aku cakap ukur baju di badan sendiri. Dia cakap ya tapi pikir soal anak2 nanti tak selesa environment tinggal dalam bilik. Dan mesti mertua tak setuju kami sewa bilik sahaja.
Jadi aku desak suami untuk minta satu rumah mertua. Mertua ni banyak rumah ya dan semuanya di sewakan. Suami tak mau sebab macam aku cakap suami memamg sejenis taknak bergantung sama harta mertua.
Lagipun dia cakap rumah semua ada orang sewa takkan nak suruh orang tu keluar padahal ada kontrak perjanjian sewa.
Dan aku ni salahkah menuntut hakku dalam nafkah rumah atau aku memang tak memahami suami? Suami cakap setahun lebih lagi dia habis belajar. Sabarlah untuk tempoh tu.
Mahu sahaja aku balik ke rumah ibubapaku tapi macam pelik pula aku di rumah ibubapaku tapi suami di rumah ibubapanya sebab rumah mertua dekat dengan universitinya manakala rumah ibubapaku lain negeri yang berjam lamanya untuk sampai.
Kan itu normal untuk menjaga emosiku sebagai manusia? Kata orang jauh bau wangi dekat bau busuk. Tapi apa aku nak cakap dekat ibubapaku kalau aku tinggal dengan mereka kan. Nak cakap aku penat jadi pembantu di rumah mertua? Apa nanti mereka pikir kan.
Sebab mertua ni memang baik layanannya terhadapku. Cuma bab buat kerja rumah ni je yang buat aku giveup tinggal sama dia. Rumah ni besar ya. Macam over juga cakap bunglo tapi memamg besar. Dan mertua seorang perfectionist semua nak perfect.
Dia memang tak arahkan aku buat tapi kalau tak buat akan di marah tak pun mertua buat sendiri dan akan mengadu dia penat sakit badan semua. Aku jadi tempat mengadu tiada pilihan dan perlu membantunya.
Mula2 ikhlas la tapi lama2 tidak sebab kenapa hanya aku yang buat anak daranya tidak. Hanya sebab anak daranya marah dan merajuk apabila di suruh buat kerja rumah. Tapi kalau aku tak buat jadi amukan pula.
Pada yang komen kalau tinggal rumah mertua kena la pandai bawa diri. Ya aku terlalu pandai bawa diri sampai dijadikan pembantu sudah. Bermula hanya sekadar menolong tapi lama kelamaan menjadi tanggungjawab ku. Mahu kerja tapi mertua tak kasi.
Pernah menjual online tapi di cakap main hp 24jam. Sudah terangkan bukan main hp tapi menjual. Tapi ntah la macam tak faham atau pura2 tak faham.
Kalau dah selalu di sindir di cop main hp dan lama2 akan di marah kalau ada kerja atau anak2 belum terurus sebab di cakap main hp. So aku pun stop jual online.
Ke aku ni terlalu lemah tak boleh di marah? Nak kerja? Lagi lah tak di kasi. Sebab mertua cakap jangan jadi seperti dia. Terlalu kerja sampai anak2 orang lain yang jaga. Dan tengok la kesannya pada ipar.
Aku mahukan anak ku jadi seperti ipar terlalu bergantung pada pembantu sehingga besar tak tahu buat kerja. Bonding antara anak dan parents tiada.
Aku pikir anakku aku la tentukan acuannya. Kenapa mertua nak aturkan. Tapi suami pun tak izinkan aku bekerja sebab merasa apa yang mertua cakap masuk akal.
Salah kah aku kalau cakap nak cerai dengan suami sebab penat dijadikan pembantu oleh ibunya dan sikap mertua yang terlalu masuk campur urusan rumahtangga ku?
Atau minta cerai sebab suami jarang luangkan masa dengan ku dan sikap suami terlalu ikut aturan mertua sebab dia terlalu terhutang budi sebab mertua banyak membantu kewangan kami?
Aku penat emosi, mental dan fizikal. Atau aku ni terlalu overthinking? Masalah ni kecil kah atau aku yang terlalu besarkan masalah?
Pada yang cakap suami dan aku sebenarnya belum sedia berkahwin. No kami sudah bersedia tapi segalanya hancur start suami sambung belajar itupun atas arahan mertua dan kami pindah ke rumah mertua.
Alasan suami sambung belajar supaya boleh dapat kerja lebih baik. Mertua pun keduanya dari golongan belajar tinggi so anak2 pun kena ikut la. Dan soal nafkah jangan risau mertua boleh tanggung.
Maaflah ya kalau ada meluat baca sebab buat luahan lagi. Tapi rasa ringan sikit beban ni lepas meluah kat sini.
Nak meluah pada orang yang kenal diri ni tapi ibarat luahkan aib keluarga suami pula. Sama apalah mereka fikirkan tentang keluarga suami. Jadi sini tempat paling sesuai.
– Bulan (Bukan nama sebenar)