Salahuddin bantu ringankan beban warga parlimen Pulai

Salahuddin bantu ringankan beban warga parlimen Pulai

Penguatkuasaan arahan Perintah Kawalan yang memasuki fasa 3 sehingga 28 April 2020 akan ada rakyat yang terkesan. Mungkin terkesan dari sudut ekonomi mahupun barangan keperluan asas.

Bagi kawasan Parlimen Pulai, Ahli Parlimennya Sallahuddin Ayub telah turun menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada rakyat yang memerlukan terutama warga emas.

Menurut Sallahuddin Ayub, beliau melahirkan rasa syukur Alhamdulillah, segala sumbangan dan bantuan dapat diteruskan kepada penduduk-penduduk di sekitar Parlimen Pulai. Terima kasih diucapkan jua kepada sukarelawan yang sentiasa membantu dan mengambil peduli rakyat di sekitar Parlimen Pulai yang menghadapi masalah di saat penguatkuasaan arahan PKP ini.