Salahuddin mohon maaf kepada penyokong kerana duduk balik

Salahuddin mohon maaf kepada penyokong kerana duduk balik

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub bersedia menerima hukuman akibat tidak bangun bagi meminta undi belah bahagi di parlimen pada Khamis lepas.

Dalam satu kenyataan ringkas, Salahuddin mengakui kesilapannya kerana tidak bangun untuk menyokong usul undi belah bahagi yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

“Saya minta maaf pada parti dan ahli-ahli Amanah.

“Saya salah kerana bangun dan duduk semula setelah Presiden Abang Mat (Mohamad Sabu) minta saya dan MP Amanah yang lain duduk.

“Abang Mat terima arahan last minit dari Ketua Pembangkang.

“Saya tak sanggup dan tergamak berlawan dengan presiden sendiri dalam parlimen.

“Saya akui saya salah. Saya menunggu dan bersedia untuk menerima hukuman dari parti .

“Ahad ini Amanah Nasional akan ada mesyuarat khas.,” katanya.

Pada Khamis, Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di peringkat dasar telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih suara untuk menyokong.

Percubaan pembangkang untuk adakan undi belah bahagi gagal kerana tidak mencukupi 15 orang menyokong cadangan tersebut.

Belanjawan 2021 dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 Nov lepas dan seramai 82 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung dari 9 Nov hingga 19 Nov.

Menurut Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, perbahasan peringkat jawatankuasa bermula Isnin depan selama 10 hari sebelum undi belah bahagian sekali lagi diadakan.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/undi-belah-bahagi-belanjawan-2021-saya-mohon-maaf-sedia-dihukum-salahuddin-270520?amp=1