Seorang lelaki di India telah mencipta nama dalam Guinness World Records
setelah berjaya menghasilkan mesin basuh terkecil di dunia, lapor agensi berita United Press International.
Sebin Saji mencipta mesin basuh yang berukuran 3.25 sentimeter panjang, 3.35 sentimeter lebar, dan 3.86 sentimeter tinggi.
Ciptaannya itu mengatasi rekod sebelumnya yang dipegang oleh mainan haiwan peliharaan digital jenama Tamagotchi dari Jepun.
Untuk memenuhi syarat Guinness World Records, Sebin perlu membuktikan bahawa
mesin basuhnya berfungsi dengan baik dan mampu menjalankan kitaran penuh seperti membasuh, membilas, dan memutar.
Mesin basuh tersebut juga mempunyai berat 24.9 gram, yang bersamaan dengan dua biskut Oreo.
BACA: ‘Bangga jadi anak Malaysia’ Rupanya kebanyakan komponen Xbox series dibuat di Malaysia