Samakan anak tiri dengan orang asli, ini penjelasaan Watie

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Watie Hanifiah, isteri kepada pelawak Shuib, menerima teguran daripada pengikutnya selepas menyamakan anak tirinya, Uwais Alqarni, dengan orang asli.

Melalui perkongsian di Insta Story, Watie menjelaskan bahawa dia tidak ada niat untuk menghina

Atau memperlekehkan sesiapa, dan sentiasa menjaga cara bertuturnya.

“Saya menerima banyak DM yang menegur saya mengenai video Uwais yang saya sebut macam orang asli.

Sejujurnya, tidak ada niat langsung dari saya untuk menghina atau memperlekehkan.

Samakan anak tiri dengan orang asli, ini penjelasaan Watie

“Saya rasa pengikut saya pun tahu bahawa saya sentiasa menjaga cara bertutur saya. Walaupun ada yang mencaci saya sebelum ini, saya tidak pernah marah atau membalas,” tulisnya.

Sementara itu, Watie meminta maaf jika ada yang terasa dengan perkataannya, dan menjelaskan bahawa dia menyamakan Uwais dengan orang zaman dahulu kerana dalam video anak tirinya itu tidak memakai baju.

“Namun dalam video itu, Uwais tidak memakai baju, jadi saya menganggapnya seperti gambaran orang zaman dahulu kala. Maaf jika ada yang terasa. Tetapi Insya Allah, saya tahu niat saya dalam berbahasa,” tulisnya.

BACA: “Adik ipar gelakkan isteri aku tak boleh mengandung, tiba-tiba tak sesuatu terjadi pada anak dia”