Sambil tidur pun boleh buat duit, patutlah ramai buat Tiktok affliate, sebulan boleh dapat RM3000!

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Sambil tidur pun boleh buat duit, patutlah ramai buat Tiktok affliate, sebulan boleh dapat RM3000!

Jika diperhatikan, semakin ramai mula mempromosi pautan-pautan affiliate, tak kira individu perseorangan ataupun ‘page’ besar di media sosial.

Hal ini kerana ia merupakan salah satu cara menghasilkan pendapatan secara pasif, sambil tidur pun duit ‘masuk’.

Sambil tidur pun boleh buat duit, patutlah ramai buat Tiktok affliate, sebulan boleh dapat RM3000!

Syaratnya, mereka perlu sekurang-kurangnya 1,000 pengikut di media sosial (bergantung kepada platform affiliate).

Sebagai salah satu entiti yang turut membuat affiliate, Siakap Keli akan kongsikan bagaimana ia berfungsi dan anggaran pendapatan yang mampu diperoleh dengan cara ini.

Apa itu affiliate & bagaimana ia berfungsi?

Affiliate merupakan cara di mana individu yang mempromosi pautan sesuatu produk boleh mendapat komisen pada jumlah tertentu.

Sekiranya pembeli mengklik pautan yang dikongsi dan membuat pembelian, individu tersebut akan mendapat komisen mengikut jenis produk, platform pembelian serta status pembeli.

Komisen diberikan adalah sekitar 0.5 peratus hingga 20 peratus, bergantung kepada produk. Sebagai contoh, jika satu produk berharga RM100 dan komisen diberi adalah 6%, maknanya ‘promoter’ boleh mendapat untung sebanyak RM6 untuk setiap pembelian yang berjaya. Lebih mahal harga produk, lebih tinggi komisen.

Selain itu, kadar peratus komisen juga bergantung kepada status pembeli. Sekiranya pembeli merupakan pengguna baru sesuatu platform e-dagang, promoter akan mendapat komisen lebih tinggi berbanding pengguna sedia ada.

Bukan itu sahaja, peratus komisen turut berubah sekiranya pengguna membuat pembelian menggunakan komputer ataupun aplikasi di telefon pintar.

Berapa banyak pendapatan yang kita boleh dapat melalui affiliate?

Mungkin ramai sudah tahu, jumlah komisen adalah bergantung kepada jumlah klik pada pautan dan kekerapan ‘promoter’ mengiklankan pautan di media sosial. Justeru, semakin rajin ‘promoter’ mengiklankan pautan affiliate, semakin banyaklah pendapatan atau komisen diperoleh.

Jom kami kongsikan contoh pengiraan,

Promosikan seterika stim berharga RM300 x komisen 6% = RM18
10 orang beli sehari x RM18 = RM180
RM180 x 30 hari = RM5,400

Namun, itu adalah pengiraan secara kasar sahaja. Pautan yang sama biasanya akan berkurangan ‘klik’ lama kelamaan, melainkan promoter mengiklankan produk yang sama setiap hari.

Cabaran affiliate
Nampak macam mudah, tapi tetap ada cabarannya. Daripada 100 orang yang nampak iklan, mungkin hanya 10 orang yang klik pautan. Daripada 10 orang yang klik, mungkin hanya 2 atau 3 orang sahaja yang membuat pembelian.

Selain itu ada juga produk yang bagi kita menarik, tapi tidak bagi orang lain. Dan kadangkala sesuatu produk mendapat sambutan, namun stok di kedai yang dipromosikan pula tidak mencukupi permintaan.

Buat duit online guna laman web percuma dari MYNIC Berhad

Selain affiliate, anda juga boleh menjana wang atas talian dengan menjual produk melalui laman web sendiri. Tahu tak, anda sebenarnya boleh dapatkan domain percuma untuk mempromosi produk dan jenama anda melalui MYNIC Berhad.

MYNIC merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) yang ditubuhkan untuk membantu orang ramai mengetengahkan jenama mereka secara profesional.

Melalui Program Realisasi Impian Ekonomi Digital (PRIME) oleh MYNIC, usahawan perusahan kecil, mikro dan sederhana boleh mendapatkan domain .biz.my secara percuma selama setahun.

Bagi usahawan yang mempunyai bajet lebih, anda boleh dapatkan domain berakhir dengan .my, .com.my, .biz.my, .org.my, .net.my dan .name.my di platform yang sama.

Dengan adanya bantuan daripada agensi kerajaan seperti ini, sesiapa pun boleh menjana pendapatan secara atas talian. Anda boleh membawa jenama serta produk sendiri ke peringkat global secara percuma sahaja jika menggunakan domain .biz.my ini.

Tidak kira cara mana yang anda pilih sama ada ingin menyertai affiliate atau membina laman web, kedua-duanya memerlukan strategi berkesan serta usaha berterusan. Bagi para usahawan, memiliki laman web adalah strategi pemasaran yang amat penting untuk memastikan jenama anda mendapat kepercayaan orang ramai.

BACA: Ini sebab kenapa nilai duit Singapura lagi tinggi berbanding ringgit Malaysia?