Sambutan terhadap Facebook makin merosot, TikTok jadi pesaing utama – Mark Zuckerberg

Sambutan terhadap Facebook makin merosot, TikTok jadi pesaing utama – Mark Zuckerberg

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Sambutan terhadap Facebook makin merosot, TikTok jadi pesaing utama – Mark Zuckerberg facebook log in facebook marketplace facebook login facebook com facebook sign in www facebook com facebook down facebook com login facebook stock tiktok download sss tiktok download tiktok without watermark tiktok calculator tiktok downloader without watermark tiktok login tiktok download without watermark tiktok no watermark unduh video tiktok download video tiktok tanpa watermark mark zuckerberg[/bg_collapse]

 

Buat pertama kalinya, Meta (bapa syarikat Facebook) melaporkan platform media sosial Facebook kini kehilangan bilangan pengguna sepanjang 17 tahun ia telah diperkenalkan.

Pada suku keempat 2021, Facebook telah hilang sebanyak 500 juta pengguna aktif harian berbanding suku sebelumnya.

Statistik memperlihatkan syarikat itu sukar untuk kekal relevan terutamanya untuk pengguna muda – yang mana ramainya golongan sebegini adalah di TikTok.

Umum mengetahui pertumbuhan pengguna dalam aplikasi Facebook semakin perlahan disebabkan pengguna yang semakin berumur dan platform itu pun sudah cukup berkembang ke serata negara di seluruh dunia.

Disebabkan itu, Meta terpaksa mengubah strategi baharu seperti melabur ke dalam ciri format video pendek seperti Reels iaitu klon TikTok.

Meta juga membuat pelaburan besar dalam arena AR/VR untuk menyokong misi syarikat ke arah alam meta.

Keuntungan dan pendapatan syarikat turut terbantut berpunca dari inflasi serta polisi Apple yang mengehad penjejakan iklan untuk Meta menjual iklan.

Facebook atau Meta kini berhadapan dengan cabaran untuk mengekalkan dominasi sosial media. Sudah hampir 20 tahun Facebook bertapak, adakah masanya untuk dominasi platform media sosial baharu seperti TikTok?

BACA JUGA : Ini 6 cara masak nasi untuk elak basi awal, 2 hari pun ok lagi

Ayam tak ada di pasar, penternak ini dedah puncanya

Keliru pengecualian cukai jalan EV, pendaftaran kereta elektrik di Malaysia ditangguh

CATEGORIES