Sampai tumbuh pokok nak tunggu JKR betulkan penutup longkang jalan – Adun Ketari

Sampai tumbuh pokok nak tunggu JKR betulkan penutup longkang jalan – Adun Ketari

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari Young Syefura Othman mengambil kesempatan membangkitkan isu kualiti jalan raya di kawasannya.

Langkah itu diambil setelah kemalangan melibatkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin semalam mendapat perhatian Jabatan Kerja Raya (JKR).

Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara berkata dia telah membangkitkan aduan yang hampir sama tetapi masih menunggu kerja-kerja penyelenggaran, selepas hampir lima bulan.

“Contoh aduan pasal keadaan penutup longkang dan permukaan jalan yang teruk akan membahayakan penduduk.

“Alasan JKR peruntukan dah minta tapi belum dapat. Pokok pun dah naik tinggi. Dah 4-5 bulan keadaan macam ni. Boleh @JKRMalaysia bantu saya?” soalnya di Twitter.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat semalam memohon maaf kepada Khairy yang cedera selepas basikal dinaikinya terlanggar lubang di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor.

Mendoakan Khairy cepat sembuh, JKR Kuala Langat juga berkata akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/556810