Sanusi umum sokongan kepada PMX

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa beliau menyokong sepenuhnya sebarang usaha yang diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Negeri Kedah memberikan sokongan penuh terhadap tindakan yang bertujuan memberi tekanan kepada Israel,

Termasuk gesaan Perdana Menteri supaya negara haram itu dikeluarkan daripada keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Menteri Besar Kedah, kewujudan Israel yang diiktiraf sebagai negara oleh rejim Zionis itu sememangnya tidak pernah diterima oleh Malaysia,

Dan cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri adalah satu langkah yang baik.

Sanusi umum sokongan kepada PMX

“Israel wujud secara haram, sepatutnya sejak awal lagi mereka tidak dibenarkan menyertai PBB. Ini adalah idea yang baik dan harus direalisasikan,” katanya semasa menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Kampung Tersusun Desa Sejahtera Kampung Perik di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi turut menyeru agar semua pihak, tanpa mengira latar belakang, bersatu dalam usaha menyingkirkan Israel daripada PBB.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, ketika menyampaikan kenyataan negara di Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam di Riyadh, Arab Saudi, menyeru masyarakat dunia untuk bersama membina konsensus bagi menggantung atau mengeluarkan Israel daripada keanggotaan PBB.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tindakan Israel telah melampaui batas kewarasan dan kemanusiaan, dengan melakukan genosid terhadap rakyat Palestin.

Beliau menyatakan bahawa keganasan rejim Zionis yang berterusan terhadap keseluruhan bangsa Palestin telah memaksa komuniti antarabangsa untuk bertindak pantas dan berkesan, termasuk melalui embargo, penggantungan, dan pengusiran Israel daripada PBB.

BACA: Ini jawapan Menteri Kesihatan berkenaan pengharaman penjualan Vape ramai nak tahu