Saringan Covid-19 pandu lalu diperkenal kerajaan S’gor dapat sambutan luar biasa

Saringan Covid-19 pandu lalu diperkenal kerajaan S’gor dapat sambutan luar biasa

Kerajaan Selangor melanjutkan tempoh Saringan Covid-19 Pandu Lalu sehingga esok (20 April) kerana mendapat sambutan luar biasa penduduk negeri, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata program usahasama Kerajaan Negeri dan Selcare di Dewan Raja Musa, Seksyen 7 itu memberi fokus kepada warga emas serta individu yang mempunyai simptom.

“Ikhtiar ini juga akan diperluas di lokasi lain dalam terdekat,” katanya di Facebook malam ini.

Selangor semalam mengumumkan saringan Covid-19 berkonsepkan pandu lalu yang dijalankan selama dua hari bagi menggempur pandemik tersebut habis-habisan.

Saringan berkenaan diadakan secara dua sesi iaitu dari 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 hingga 6 petang.

Sebelum ini, orang ramai memuji usaha Kerajaan Negeri menjalankan saringan itu kerana mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Keputusan saringan itu diketahui dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Berita Penuh :https://selangorkini.my/2020/04/sambutan-luar-biasa-saringan-covid-19-pandu-lalu-dilanjut-sehingga-esok/