Setelah tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Nur Fazura mendedahkan bahawa
Dia tidak menyesal dengan perkahwinannya bersama Fattah Amin yang kini berakhir dengan penceraian.
Fazura, atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, juga menyatakan bahawa dirinya kini kembali bangkit setelah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.
“Saya berkahwin selama tujuh tahun dan baru sahaja bercerai sebulan lalu. Tiada penyesalan,” katanya.
“Saya bangga kerana telah pulih semula dan telah memberikan sepenuhnya dalam perkahwinan tersebut,” tambahnya.
Fazura berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam program bual bicara Sea Today di Jakarta, Indonesia bagi mempromosikan lagu terbaharunya yang berjudul Bertahan Demi Cinta.
Beliau mengulas tentang lagu tersebut selepas ditanya oleh pengacara program mengenai inspirasi lagu yang berkisarkan tentang rumah tangga.
“Lagu ini menceritakan tentang seorang lelaki dan wanita yang saling mencintai. Dalam perkahwinan, ada banyak halangan dan perlunya bertahan demi cinta, dan itulah sebabnya tajuk lagu ini ‘Bertahan Demi Cinta’,” jelasnya.
BACA: Lain pula jadi bila Vivy Yusof diheret ke SPRM hari ini