“Saya dapat rasa getar bila bersama, susah nak cakap”, Abang Tesla kongsi pengalaman syoknya kahwin dua

Oleh NADIA HARON

“Saya dapat rasa getar bila bersama, susah nak cakap”, Abang Tesla kongsi pengalaman syoknya kahwin dua

Individu yang paling menjadi bualan hangat di media sosial saat ini,

Abang Tesla mendedahkan secara eksklusif mengenai poligami yang menarik perhatian Malaysia.

"Saya dapat rasa getar bila bersama, susah nak cakap", Abang Tesla kongsi pengalaman syoknya kahwin dua

Abang Tesla atau nama sebenarnya, Mohammad khaliltizam Yusri mengatakan menikah dengan isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi selepas beberapa bulan berkenalan.

Lelaki yang senang dipanggil Kal ini juga mendedahkan berkenalan dengan wanita berusia 22 tahun tersebut melalui platform media sosial.

“Kami berkenalan selama enam bulan sebelum menikah pada 18 Ogos lalu,” kata Kal kepada Astro Gempak.

Kal, 28, melanjutkan: “Kami berkenalan melalui Insta Story. Dia hantar lagu pada saya. Kami kenal begitulah.

Tanpa melanjutkan bagaimana proses percintaan tercetus, Kal mengatakan apa yang penting perkahwinan kedua itu mendapat restu seluruh keluarga.

“Saya dapat rasa ‘getar’ bila bersama. Susah nak cakap.

“Tapi yang penting keluarga kami restu. Saya pun berkahwin dengan cara yang betul,” katanya lagi.

Kal turut memberitahu usai menikah dia telah menyediakan sebuah kediaman buat isteri keduanya yang juga berada di Johor Bahru.

“Doakan kami. Kita tak tahu kehidupan pada masa hadapan semua orang. Jadi doakan yang baik baik,” pintanya lagi.

Terdahulu video yang dimuat naik di TikTok miliknya dengan nama Abang Tesla telah mencetuskan sensasi apabila lelaki tersebut mempamerkan aksinya bersama isteri pertama solat Subuh dan menangis tiga jam sebelum berpoligami.

Lelaki yang merupakan usahawan muda itu berkahwin dengan isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari sejak lima tahun lalu.

BACA: Isteri Caprice ‘cuci otak’ isteri pertama abang Tesla?“Wanita ada pilihan, nak kekal atau pergi”