Assalam dan hai. Saya ingin meminta pandangan pada ahli2 dalam group ni, mungkin ada yang pernah melalui stuasi yang macam saya.
Saya seorang ibu dan mempunyai 2 orang anak. dan telah mendirikn rumah tangga selama 11 tahun.
Masalah yang saya ingin kongsi kan disini, saya mempunyai suami yang tidak berkerja.
Yang 24 jam menghadap handphone bermain game, bab nafkah jangan cerita sampai ke planet mana entah hilangnya, sepanjang perkahwinan kami.
Hidup kami anak beranak d tanggung oleh mertua saya, dan lagi 1 saya juga pernah berkerja, tapi ada faktor2 yang meyebabkn saya harus berhenti kerja.
Selama tempoh perkahwinan saya, suami cuma pernah berkerja dalam tempoh 3 bulan macam tu lah..
Selepas tu berhenti dan duduk di rumah 24jam menghadap handphone, suami saya ni d kategori kan seorang yang pemalas tahap entah lah apa orang cakap, malas mandi kadang tu sampai 4/5 hari tak mandi. Kadang nak termuntah saya bila dekat dengan dia.
Dari segi anak, suami jenis tidak mempeduli kan anak.. Memang bab anak semua d bahu saya. Kalau nak cerita tentang tanggungjawap dan perhatian yang di berikan pada saya dan anak2 mungkin boleh saya bagi peratus dalam 5 peratus macam tu lah, skit anak skit saya dia tak pernah nak ambil tahu..
Masuk dan keluar w4d hspital semua dia tak ambik tahu. Nasib lah saya dan anak mempunyai mertua/nenek yang sangat baik. Terlalu baik sehingga saya mampu bertahan selama ni hanya kerna keluarga belah suami terlalu baik.
Untuk pengetahuan warga krtf, suami saya seorang yang bercakap memang dia saja lah betul.. Yang saya ni tak pernah lah betul, sampai saat ini masih segar di ingatan saya suami saya memangil saya PEL4 CUR DAN PEREMPUAN PEMBAWA Si 4L, sedih saya bila ayat2 ni sentiasa kedengaran dalam telinga saya.
Selama 11 tahun ni lah saya terpaksa hadap segala makian dan hinaan dia terhadap saya.. Dan selama ini lah saya tak pernah hidup dalam keadaan yang tenteram dan serba serbi saya takut.
Bayang kan nak tengok tv pn saya tkut, dan untuk pengetahuan krt juga suami saya jenis tak nak ambil tahu hal anak2 hal saya. Kadang teringin nak merasa apa itu nikmat berumahtangga dan nikmatny ada pasngan yang menyayangi kita..
Kadang tu bila tengok orang lain yang hidup bahagia terdetik juga di hati saya bila lah kami dapat merasakan kebahgiaan seperti orang lain dapat kn..
Dan untuk pengetahuan krts juga suami saya seorang yang baran.. Dan tidak boleh silap di mata dia.. Walaupun terang dan nyata dia yang salah dia tetap juga mengata kan orang yang salah..
Di sini saya ingin bertanya warga krtf PATUT KAH SAYA BERTAHAN ATAU SAYA HARUS MEMFAIL KAN CRAI..? Kerna 11 tahun bukan lah waktu yang singkat untuk saya tambah lagi untuk tahun seterusnya dengan kata sabar…
Dan dalam fikiran saya sekarang saya cuma nak berkerja dan mencari duit untuk anak2 saya, Dan keluar dari rumah keluarga suami saya.. Walaupun berat hati saya nak lakukan kerna segala kebaikan keluarga belah suami. Tapi sampai bila saya nak meminta simpati pada mereka..
Mungkin sudah sampai masa nya saya dan anak2 harus mencari kebahgiaan kami. Mohon warga krtf meberikan pendapat pada saya adakah harus sya memfail kn crai. Dan bagaimana proses nya. Dan saya minta maaf mungkin penyampaian saya agak tidak teratur. Dan saya mengucapkan Terimakasih jika ada warga krtf sudi memberikan pandangan dan pendapat pada saya.
Warganet turut terkesan dengan kisah ini, mereka banyak bagi pendapat utk menyelesaikan masalah ini. Antara komen mereka.
Nora Hifah, Better berpisah sis smpai bila nak bertahan hidup dgn org macam tu..fikirkan anak2,fikirkan kebahagiaan diri sendiri, berpisah bukan bermaksud sis melupai jasa mertua yg sgt baik it..hubungan antara cucu dan nenek tidak akan terputus.. walaupun telah berpisah sis tetap bole menziarahi bekas mentua dgn anak2.
Maznah Maz, suami x ada fungsi, buat ape nk bertahan sampai 11 tahun, kasian ank ank membesar dlm lingkungan keluarga yg x sempurna. sis keluar lah dr rumah tangga mcm tu. cari kebahagiaan sndiri. biarkan suami dgn dunia dia.
Sis buka mata,buka minda dunia ni luas, nikmatilah nikmat bahagia dan keseronokan utk diri dan ank ank. usah dibazirkan masa,waktu dan usia utk lelaki x berguna seperti itu…bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor.
Winny, sampai bila puan nak mengharap mertua.walau dia baik camna sekalipuan suatu hari nanti dia akan pergi juga dan waktu itu nanti siapa pula yg akan menjaga kebajikan puan dan anak2.nasip baik anak tak ramai.jdi mula dari sekarang puan kena cari kerja utk masa dpn.tinggalkan saja somi perangai bur0k camtu.
Rasidah Ida, Biasanya org kurang siuman tak mandi, suami puan jenis malas mandi sampai 4 – 5 hari tak mandi.. Allahu Akbar manusia apa tu.. hurrmm Islam menuntut hambanya menjaga kebersihan Klau dah sampai 4/5 ari tak mandi tu sy4itan mungkin menjadi peneman dia..
Seeloknya puan kluar lah dari rumahtangga tu.. carilah kebahagiaan sendri bersama ank².. buat rugi je ada suami yg tak makan nasihat tak reti nak berubah, ianya juga tak elok untuk pembesaran ank².. takut nanti ank² terikut perangai ayahnya..Maaf, di sini tiada niat untuk saya menghasut..
Tapi rasa s4kit jiwa n perasaan bila ada suami bersikap begitu..Lagipun walau puan berpisah dengan suami, kluaga mertua tetap kluaga puan.. takkan terputus talian itu..
Ardeena, Berbalik pada kata hati .Harapnya sis fikir panjang.Bukannya mentua akan selamanya boleh Bantu sis demi tutup perangai anak lelaki dia.Cari kebahagian diri sendiri dengan anak.Dan semestinya , jangan lupa jasa baik keluarga mentua.
Roha Adrina, macam mana awak boleh hadap pael suami yg mcm nihh… serba serbi mlas… sampai mandi pun malas… maki hamun lagi….nak tgu sampai bila…dan sampai bila nk mharap mtua tanggung…nti klu mtua dah tak da… mcmana.
Siti Hanapiah, Baik puan angkat kaki je dari terus hidup dengan suami macam tu..boleh puan tahan sampai 4-5 hari suami tak mandi..cari la kebahagian sendiri..dia sanggup panggil puan pelacur boleh lagi puan bertahan.
Syahida Alma, suami kak ada Saka jin kot sampai jd pemalas sgt…saka Biawak . kesian family mertua..mungkin terlalu syg anak smpai x pandai didik anak ..aduii… akak duk je uma tu dulu..cari kerja… at least ada mertua blh tgok kan anak dan jimat duit uma sewa.nt klau dh jmpa calon suami baik. gi crai jela.
Aura Seri, Bah4ya spesis yg sntiasa rasa dirinya btul, org len smuanya salah, smuanya jahat…prangai slfish & xbertaggjwab mcm tu klu dgn sapa pn xkan blh bahagia, eloklah cari kebahagiaan sndri, skurang²nya xmenykitkan hati.
Nana Jay, point2: 1- pemalas; 2-tak hirau anak2, 3- tak hirau urusan rumahtangga, 4- tak bertanggjwab, 5- pnas baran, dah cukup dah tu boleh buat k3s. Bab mertua tu, dah crai masih boleh jalinkan silaturrahim atas tiket nenek & atuk kpd cucu2nya. Pergilah puan, bebaskan dan bahagiakan diri dan anak2. Puan berhak mendapat kehidupan yg lebih baik.
Rostitah, Orang g1la pun mandi..ni saya rasa disebabkan game tulah dia malas mandi..teruk sangat perangainya .lebih sis lupakan aje carilah kebahagiaan sis daripada hidup dengan suami tak guna tu.
Nur Liana, Sygnya 11 tahun tp hidup xda rasa bahagia..Crilah kebahagiaan dan kerjaya sendiri..kuatkan hati puan. Jgn rasa terhutang budi dgn mertua..lepas berpisah pun masih blh balas budi mertua.
Encik Tebu, Tidak ramai yg sanggup berkongsi calar-balar dlm kehidupan peribadi mereka dgn org lain kecuali kerana ingin memberi panduan berguna utk org lain jadikan ikhtibar.
Juga salah satu cara menyalurkan keluar sedikit bebanan dlm diri itu sendiri. Agar boleh menarik sedikit nafas kelegaan sementara dari kemelut hidupnya